berita

Kerana Nila Setitik, Habis Satu Kampung Kena Buat Ujian Covid-19 Di Tanah Merah!

January 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Akhir-akhir ini, negara kita mencatatkan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak. Perkara ini secara tidak langsung merisaukan semua pihak termasuk pihak kerajaan. Malahan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di beberapa buah negeri terpaksa dilaksanakan semula bagi melandaikan semula kes Covid-19

Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Terbaru lapor Harian Metro, hampir kesemua penduduk Kampung Chedok, Kelantan, tampil menjalani ujian calit Covid-19 bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka.

Kes positif di kampung

Foto: Mohd Ezzry

Mereka yang tampil melakukan ujian calit Covid-19 adalah disebabkan terdapat beberapa kes positif di kampung tersebut. Proses ujian calit itu dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang datang lengkap dengan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Jelas salah seorang penduduk kampung dikenali sebagai Norani Ahmad, ujian itu dilakukan selepas terdapat kes positif yang datang daripada pihak luar. Tambahan pula, keadaan kampung itu sendiri menjadi punca wabak itu cepat merebak menerusi kontak rapat yang berlaku.

Apabila KKM buat saringan dan ujian calitan secara percuma, penduduk secara sukarela menjalani ujian untuk memastikan status kesihatan masing-masing. Daripada sudut positif saya puji usaha KKM dan penduduk kerana bagi kerjasama dan tindakan ini dapat mengelakkan wabak terus merebak.

Foto tular di media sosial

Foto: Mohd Ezzry

Sebelum ini tular foto-foto penduduk Kampung Chedok di media sosial sedang beratur bagi menunggu giliran untuk melakukan ujian calit Covid-19. Tidak berakhir di situ, susulan berita itu tular, wujud pelbagai persepsi negatif terhadap mereka yang tinggal di kampung itu.

Tambahan pula, ia dianggap sebagai satu peluang yang ada kerana perkhidmatan yang disediakan adalah percuma buat penduduk kampung dan penduduk kampung sekitar.

Sumber: Harian Metro Mohd Ezzry

 

SKIP THIS AD ×