berita

19 Maut, 14 Kritikal Akibat Keracunan Arak

September 19th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Malam semalam kecoh di laman sosial media apabila seramai 19 individu sekitar Lembah Klang, maut selepas minum arak yang mengandungi metanol, perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Sementara itu, lagi 14 orang kritikal dan sembilan orang telah dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Keracunan metanol

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Sehingga jam 5 petang semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata KKM menerima sebanyak 51 notifikasi berkaitan kes keracunan. Sebanyak 45 kes dilaporkan telah terjadi di Selangor, manakala enam kes dilaporkan di ibu negara.

Menurutnya lagi, tiga kes telah membabitkan rakyat tempatan manakalah seramai 51 lagi membabitkan warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan juga India.

KKM menjangkakan jumlah pesakit akan meningkat berikutan terdapat ramai pesakit datang bagi mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol berkenaan.

Kesemua mereka mempunyai sejarah pengambilan cecair beralkohol yang mengandungi bahan beracun berkenaan.

Mengenal pasti pengedar serta pengilang minuman

Tambah Noor Hisham, pesakit akan menunjukkan tanda-tanda keracunan metanol, antaranya seperti sakit perut, loya, sakit kepala, kabur penglihatan, muntah. Ada juga yang mengalami kekejangan, sesak nafas dan tak sedarkan diri. Gejala itu akan dialami dalam tempoh satu atay dua hari selepas mengambil minuman alkohol tersebut.

Hasil siasatan dijalankan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah yang terbabit mendapati kesemua pesakit membeli minuman sebatian keras di premis sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Laporan polis sudah dibuat KKM bagi mengenal pasti pengedar serta pengilang minuman itu termasuk mengenal pasti punca keracunan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar itu di pasaran.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 serta yang tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Selain itu, Noor Hisham menegaskan individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Hukuman tersebut di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983.

KKM akan terus bekerjasama dengan polis serta agensi terbabit bagi mengawal serta memantau perkembangan situasi kejadian keracunan itu. Situasi terkini kejadian akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×