berita

19 Tahun Tuduh Isteri Lahir Anak Luar Nikah, Lelaki Menyesal Selepas Buat Ujian DNA

August 24th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Cerai akibat salah faham

Di Wilayah Hubei, China, seorang lelaki terpaksa berpisah bersama isteri dan anaknya kerana keputusan ujian DNA yang tidak disangka-sangkakan.

Artikel Berkaitan:Isteri & Anak-Anak Balik Kampung Tahlil Bapa, Suami Di Rumah Syok Berduaan Dengan Perempuan Lain Atas Katil

Mimilih untuk berpisah

Memetik laporan Detik News, suami yang dikenali sebagai Tang Vu Minh mendakwa wajah anaknya mirip dengan seorang lelaki yang ditemuinya di pinggir jalan malah memiliki tahi lalat di telinga persis yang dimiliki anaknya itu.

Susulan daripada itu, Tang Vu akhirnya membuat ujian DNA selepas mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki Hoang beberapa dekad lalu.

Tidak lama selepas menerima keputusan ujian DNA, Tang Vu menyesalinya apabila mengetahui bahawa anaknya Tang Binh adalah anak kandungnya.

Disebabkan itu, Hoang telah meminta penceraian setelah dia berusaha menjelaskan ia adalah salah faham dan menafikan dia tidak menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki tersebut.

Akhirnya, perkahwinan mereka yang terjalin selama 20 tahun terpaksa ditamatkan akibat syak wasangka yang tidak berasas.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×