Seorang remaja lelaki di Indonesia iaitu Satria Mahathir menerima kecaman hebat daripada netizen selepas membuat pendedahan telah menghamilkan dua gadis.
Dua kali hamilkan anak dara orang
Menerusi temu bual bersama Satria Mahathir, 20, dan kekasinya, Chelsea Patricia, 17, memberitahu mereka mula berkenalan kali pertama di sebuah acara kelab malam. Sejak itu, hubungan mereka semakin rapat sehinggalah mereka melakukan hubungan terlerang selepas dua minggu perkenalan.
Menceritakan perkara itu, Satria akui dia terbuka untuk berkongsi gaya hidupnya kepada orang ramai kerana sudah biasa mengamalkan perbuatan bebas sebegitu. Difahamkan juga, Satria pernah menghamilkan seorang lagi wanita, Nindya Putri, ketika dia berusia 16 tahun.
Pasangan ini kemudian mendirikan rumah tangga namun hanya bertahan selama 14 bulan sahaja. Mereka yang memiliki seorang anak, Karel Alpha bercerai pada tahun 2021 dan kini anak tersebut tinggal bersama Nindya.
Nak fikir dulu sebelum bertanggungjawab
Selepas daripada itu, Satria mula menjalinkan hubungan dengan Patricia atau lebih mesra dengan panggilan Cia. Cia akui terkejut setelah merasai tanda-tanda kehamilan lebih-lebih ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sebegini. Tambahnya lagi, ini juga kali pertama dia melakukan perbuatan tersebut.
Namun siapa sangka, Satria memberitahu bahawa dia hanya menganggap Cia sebagai kawan baiknya sahaja dan dia mahu berfikir sebelum mengambil keputusan untuk bertanggungjawab. Katanya lagi, dia akan tunggu sehingga trimester pertama, barulah dia memberi kata putus mengenai masa depan kandungan Cia.
Sumber: Mengerti, Youtube