berita

2 Kali Keguguran, Sari Yanti Umum Hamil 6 Bulan Sewaktu Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3

February 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-3, pelakon, Sari Yanti mengumumkan dia sedang hamil 6 bulan. Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

My 6th pregnancy

Menurut Sari Yanti, dia meluahkan rasa bersyukur terhadap perjalanan rumahtangganya yang sudah pun memasuki tahun ketiga. Pada masa yang sama, dia turut memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan rumahtangganya.

Di akhir kapsyennya, Sari Yanti turut memberitahu bahawa dia sedang hamil 6 bulan. Tambahnya, zuriat kali ini merupakan cahaya matanya yang keenam selepas keguguran sebanyak dua kali. Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah dan meluahkan perasaan tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata baru pasangan itu.

Alhamdulillah!

Sumber: Sari Yanti

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.