
Pempengaruh Ahmad Aslam tampil bersuara susulan komen negatif yang membanjiri hantaran isterinya, Umisya Mazlan mengenai keadaannya yang sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Mazlan Banyak ‘Craving’ Manis, Syukur Suami Rajin Melayan
Artikel Berkaitan: Perkongsian Umisya Mazlan Raih Perhatian, Netizen Beri Sokongan – ‘Wanita Kuat, Banyak Diuji Tetap Tersenyum’
Hantaran Umisya dibanjiri komen negatif

Menerusi perkongsian di Threads, Umisya dilihat memuat naik beberapa fotonya mengenakan jubah serta tudung berwarna biru tua.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang kurang senang melihat keadaan Umisya yang mengandung anak keempat susulan kes suaminya, Aslam bersama pempengaruh media sosial, Marissa Dania.
Tidak berdiam diri, Aslam tampil mempertahankan isterinya dengan menyindir segelintir netizen dengan meminta nombor akaun bank bagi tujuan membayar bil kos hospital.
Yang terlebih terkesan atas rezeki Allah beri pada kami, boleh mesej saya dan hantar no akaun bank ya.
Saya takut terguna duit awak semua masa bayar bil hospital.
Terima kasih yang mendoakan yang baik-baik.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, warganet cuba memberi komen positif dengan tidak menyalahkan Umisya sebagai isteri pertama yang mengandung anak sah bersama suaminya, Aslam.
Sumber: Threads @Umisyamazlan






![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

