Enam orang dilaporkan terkorban dalam satu kejadian tembakan di sebuah hartanah terpencil dalam wilayah Western Downs di Queensland, Australia pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Lengan Kanan Cedera, Lelaki Ditembak Di Depan Rumah
Artikel Berkaitan: Lelaki Mati Ditembak 8 Kali Di Kepala Oleh Ah Long Sebab Tak Bayar Hutang
Dua pegawai polis maut
Memetik laporan 9NEWS, dua daripada mangsa terdiri daripada anggota polis yang berpangkat konstabel. Difahamkan, seramai empat pegawai diarahkan ke kawasan terbabit bagi menyiasat kes orang hilang.
Walau bagaimanapun, dua pegawai yang berusia lingkungan 20-an telah ditembak mati oleh dua suspek yang bersenjata sejurus mereka tiba di lokasi kira-kira jam 4.45 petang. Manakala, dua lagi pegawai dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital.
Sementara itu, satu kenyataan pihak berkuasa turut mengesahkan tiga individu termasuk seorang wanita telah ditembak mati dalam insiden tembakan besar-besaran itu. Seorang lagi individu dipercayai orang awam turut terbunuh.
Ciapan belasungkawa Perdana Menteri
Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese turut meluahkan rasa simpatinya di Twitter. Anthony menyifatkan kejadian tersebut sebagai peristiwa yang menyayat hati bagi keluarga mangsa yang terkorban.
Pesuruhjaya Polis Queensland, Katarina Carroll memaklumkan, insiden itu adalah kehilangan nyawa terbesar yang dialami polis negeri dalam kejadian sejak kebelakangan ini.
Sumber: 9NEWS