berita

[VIDEO] Sajat Menangis ‘Video Call’ Dengan Ibu & Bapa, Nak Kirim Duit Untuk Sedekah Sempena Hari Lahir

February 14th, 2024 | by Alia
Kini Trending

ibu ayah sajat

Usahawan kontroversi, Nur Sajat menitiskan air mata ketika menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Gugur Air Mata, Terima Baju Kurung Daripada Ibu – ‘Sayang Nak Pakai Sebab Ada Bau Mak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Menangis Tahu Bapa Terlantar Sakit, Tak Boleh Berjalan

Nasihat & pesanan ibu bapa

ibu ayah sajat

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruz Zaman membuat panggilan video bersama ibu dan bapanya.

Bapa kepada usahawan itu turut berkongsi tentang keadaan kesihatannya ketika ini.

Kalau nak ke mana-mana ayah kena mengesot.

Tidak mampu menahan air mata, Sajat dilihat menangis ketika bapanya memberi nasihat.

Sajat nampak cantik hari ini.

Terima kasih banyak sayang, ayah doakan Sajat gembira dekat sana, sihat tubuh badan. Kerja dekat sana elok-elok, kerja dengan amanah.

Jangan sedih-sedih, ‘happy happy’ je. Sajat kan anak ayah, susah senang kita sama-sama. Dekat mana pun, walaupun jauh sentiasa dekat di hati dan terbayang di mata. Jaga kesihatan.

Usahawan berusia 38 tahun itu kemudian meneruskan perbualan dengan ibunya dan memberitahu bahawa ulang tahun kelahirannya akan tiba tidak lama lagi.

Bulan ni hari jadi saya, tiga tahun dah. Mak ingat tak 23 hari bulan dulu Sajat keluar daripada Malaysia. Sambut je hari jadi, esok tu saya keluar.

Nanti hari jadi saya, saya bagi duit mak buatlah sedekah.

Dalam masa yang sama, ibunya yang berada di tanah air sempat menitipkan pesanan agar dia menerima segala ujian dengan hati yang terbuka.

Jangan la sedih-sedih, sambutlah dengan kawan-kawan. Reda sahaja, sudah tertulis Allah nak bagi macam tu, nak buat macam mana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sedih serta mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa Sajat.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat untuknya agar tabah menjalani kehidupan tanpa insan tersayang di sisi.

@nursajatlegacymy

Replying to @chik_wangi doakan ayah sajat cepat sihat spt dulu ya. kasih sayang kpd keluarga tiada tolok banding nya. #nursajatlegacymy #fyp #sajatvideo #sajatlive #sajat

? original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×