Sebuah bas yang membawa jemaah umrah telah terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan seramai 20 orang jemaah terbunuh manakala puluhan lagi cedera.
Artikel Berkaitan: Teruja Dapat Tunai Umrah Bersama Keluarga, Wanita Diuji Ibu Jatuh Sakit & Meninggal Dunia Di Mekah
Artikel Berkaitan: Lelaki Sanggup Curi Telefon Jemaah Perempuan Dalam Masjid, Siap ‘Join’ Bertelekung Waktu Subuh
Perjalanan ke Mekah
Memetik laporan Arab News dan televisyen Al-Ekhbariya, kenderaan yang dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah itu telah melanggar sebuah jambatan di Aqabat Shaar, wilayah selatan Arab Saudi. Difahamkan, kemalangan itu berlaku sekitar jam 4 petang.
Mengikut maklumat awal yang diterima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 orang dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang.
Bukan itu sahaja, turut dilaporkan, kemalangan maut terbabit berpunca daripada masalah brek pada bas berkenaan sehingga menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal lalu melanggar jambatan. Bas yang membawa seramai 49 individu itu dilaporkan terbalik sebelum terbakar.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kesemua mangsa yang terlibat adalah memiliki kewarganegaraan yang berbeza namun tidak memperincikan identiti mereka.
Kemalangan itu merupakan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Mekah dan Madinah iaitu dua bandar paling suci umat Islam yang terletak di Arab Saudi.
Sumber: Arab News