berita

20 Tahun Bela ‘Biawak Hidup’, Isteri Kerja Kerajaan Geram Suami ‘Liat’ Hadir Mahkamah

July 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Peguam Syarie, Nor Asyiqin berkongsi kisah mengenai suami anak guamnya yang ‘liat’ hadir ke prosiding lafaz cerai  meskipun pihak mahkamah sudah mengeluarkan perintah .

Duduk ‘goyang kaki’ sahaja

Menurut Asyiqin, si suami terlampau hidup selesa sepanjang 20 tahun perkahwinan. Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh isteri yang bekerja sebagai penjawat awam. Lebih teruk, si suami hanya ‘goyang kaki’ sahaja di rumah tatkala isteri sibuk mencari rezeki.

Puan nak tahu kenapa suami tak mahu lepaskan puan? Sebab puan kerja kerajaan. Puan dah tanggung hidup dia selama ini. Dalam kes ini, puan telah menanggung semua keperluan sekolah anak, barangan dapur, bil utiliti, bayaran rumah dan kereta suami, perbelanjaan makan minum keluarga.

Tambah Asyiqin, suami anak guamnya itu turut mengambil barang terlarang. Ujar Asyiqin lagi, si isteri memohon perceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu berkenaan cerai secara persetujuan bersama yang kemudian akan masuk ke peringkat Hakam (Seksyen 48).

Disebabkan suami berdegil dan tidak mahu beri kerjasama yang baik, prosiding yang sepatutnya berlaku beralih kepada jalan terakhir iaitu pelantikan hakam.

Jadi kuasa talak tidak terletak pada suami. Namun mahkamah tetap mengarahkan kes berjalan sebelah pihak iaitu pelantikan jawatankuasa pendamai, hakam islah dan hakam panel berjalan sebelah pihak sahaja meskipun si suami enggan datang. Di dalam kes cerai secara hakam, syiqaq (perkelahian) mestilah dikenalpasti yang menjadi punca utama pihak isteri memfailkan perceraian.

Di dalam kes ini, syiqaq yang terang dan nyata apabila si suami dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawabnya dan menyebabkan isteri melaksanakan tanggungjawab seorang diri sehingga menyebabkan isteri tawar hati terhadap kelakuan suami.

Sekiranya Hakam mensabitkan syiqaq tersebut maka mahkamah akan mengarahkan hakam panel untuk melafazkan talak meskipun suami tidak bersetuju melafazkan talak. Kenapa? Sebab kuasa talak suami dah hilang dan berpindah kepada hakam.

Sumber: Peguam Syarie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×