
Seorang individu tampil berkongsi kisah keluarganya yang mencetus amarah rata-rata netizen yang membaca.
Artikel Berkaitan: Umisya Pernah Cerai Dengan Aslam Sebelum Kahwin Dengan Marissa, Sanggup Poligami Sebab Suami Jalankan Tanggungjawab
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Cuba Masuk Alam Poligami Kalau Tak Kuat’ – Bekas Isteri Kedua Nasihat Wanita Fikir Masak-Masak Sebelum Bermadu
‘Biawak hidup poligami’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit memaklumkan ibu mereka merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga.
Dakwanya, ayah mereka merupakan seorang penganggur dan segala keperluan ditanggung sepenuhnya oleh ibu termasuk hutang perniagaan.
Mak aku cikgu, semua benda dia yang tanggung sebab ayah aku selalu lompat kerja dan akhirnya menganggur.
Hutang bisnes dia yang lingkup, mak yang tolong bayarkan.
Kami tak rapat langsung dengan ayah dan ke mana-mana pun dengan mak saja.
Berkongsi lebih lanjut, ayah kepada individu terbabit didakwa memiliki isteri kedua selepas tiga minggu pemergian ibu mereka akibat kanser.
Lebih mencetuskan kemarahan apabila individu terbabit mendakwa ayah mereka mempunyai lapan orang anak bersama isteri kedua menggunakan wang pencen ibu.
Mak meninggal tahun 2024 sebab kanser dan selepas tiga minggu, kami dapat tahu ayah ada isteri kedua.
Dari 2004 lagi. Hidup dia guna duit mak. Mak dah meninggal pun masih guna duit pencen mak untuk teruskan hidup.
Siap boleh tambah anak sampai lapan orang.
Sumber: Threads @qruiiz








