berita

20 Tahun Terpisah, Ibu Sebak Bakal Menantu Rupanya Anak Kandung

April 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mothership

Tidak digambarkan betapa gembiranya perasaan seorang ibu apabila kembali disatukan bersama anak perempuannya yang telah hilang lebih 20 tahun.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mothership, kejadian ini berlaku ketika majlis perkahwinan anak lelakinya pada 31 Mac yang lalu di Suzhou, China.

Ternampak tanda lahir

Foto: Oriental Daily

Kejadian tersebut bermula, apabila wanita ini ternampak tanda lahir pada tangan pengantin perempuan yang dipercayai sama dengan tanda lahir anaknya yang pernah hilang satu ketika dahulu. Susulan daripada itu, wanita itu telah bertanya kepada ibu pengantin perempuan adakah gadis itu merupakan anak kandung mereka atau sebaliknya.

Walapun mereka terkejut dengan soalan yang diajukan, keluarga gadis itu telah tampil menceritakan siapa gadis tersebut yang selama ini tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun.

Diambil sebagai anak angkat

Foto: Oriental Daily

Jelas keluarga angkat gadis itu, mereka telah menjumpainya itu di tepi jalan pada 20 tahun yang lalu sebelum mengambil keputusan untuk dijadikan anak angkat. Difahamkan, sebelum ini keluarga kandung gadis ini, turut mengambil pelbagai usaha demi mencari anak mereka yang telah hilang sebelum mengambil keputusan untuk menjaga seorang anak angkat lelaki.

Siapa sangka, pertemuan pengantin tersebut secara tidak langsung menemukan dua beranak yang sudah lama terpisah. Bahkan, perkahwinan tersebut tetap diteruskan seperti biasa kerana mereka berdua tidak mempunyai sebarang pertalian darah antara satu sama lain.

Sumber: Mothership

SKIP THIS AD ×