
Seramai 223 pemenang bagi kempen Tonton Non Stop, On Top! telah pun diumumkan selepas Pusingan 1 melabuhkan tirainya.
Namun, pemilik Hadiah Utama TQ Wuling Bingo EV masih dirahsiakan dan akan didedahkan ketika majlis penyampaian hadiah rasmi dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Hampir 1,000 Peserta Rebut Ganjaran Menerusi ‘Tonton Non Stop, On Top!’
Artikel Berkaitan: Tonton Lancar ‘Non Stop, On Top! – Kempen Ganjaran RM700,000, Tonton Drama Boleh Menang Kereta & Hadiah Lumayan
Pemenang kempen

Pemenang bagi Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas turut diumumkan dengan pelbagai hadiah telah berjaya diperolehi, antaranya 17 telefon pintar Oppo serta lebih 200 baucar tunai.
Senarai penuh pemenang boleh disemak menerusi pautan berikut https://www.instagram.com/p/DaVJOgoE0xM/?igsh=MWo2MXJ5eTN6NjE3ZA==.
Sementara itu, walaupun hadiah-hadiah di Pusingan 1 sudah memiliki, namun orang ramai masih berpeluang untuk bergelar pemenang seterusnya kerana Pusingan 2 telah dibuka secara rasmi bermula 29 Jun hingga 12 Julai ini.
Setiap peserta mempunyai peluang baharu untuk memburu kemenangan apabila kutipan mata bagi pusingan terdahulu telah ditetapkan semula kepada sifar mengikut mekanisme kempen.
Bagi pelanggan TontonUp, kumpul mata anda dengan menstrim rangkaian filem Korea yang terpilih di platform Tonton seperti berikut:
- Exhuma
- Dark Nuns
- The Ghost Game
- Dr. Cheon And The Lost Talisman
- Peninsula
- The Witch: Part 2. The Other One
- Sinkhole
- Concrete Utopia
- Emergency Declaration
- Hijack 1971
- The Moon
- Amazon Bullseye
- Midnight Runners
- Hopeless
- Beautiful Audrey
- Revolver
- Confidential Assignment 2: International
- The Childe
- Decibel
Selain itu, untuk Pusingan 2 ini, Turboost turut kembali dengan ganjaran mata berganda kepada pelanggan yang menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu.
Berikut adalah filem dan drama menarik untuk disaksikan penonton bagi Turboost Minggu 3 yang berlangsung pada 4 dan 5 Julai ini.
- Neraka Yang Terhijab
- Luka Di Hujung Setia
- Holy Night: Demon Hunters
- The Roundup: No Way Out
- The Bad Guys: Reign Of Chaos
Bagi Turboost Minggu 4 iaitu pada 11 dan 12 Julai, anda bakal menyaksikan pelbagai kandungan menarik seperti:
- Azure Spring
- I’m Calling Off the Engagement with the Male Lead
- Shall We Date for Just One Day?
- In This Life
- I’m Trying to Save the Boss
- Can Ghosts Be Laundered?
Bagi anda yang masih belum menyertai Tonton Non Stop, On Top!, jangan risau penyertaan masih dibuka. Anda hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum mula strim kandungan terpilih bagi mengumpul mata sepanjang tempoh kempen Tonton Non Stop, On Top!
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
