berita

25 Foto Percutian Sharifah Amani Bersama Keluarga

December 26th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 26 atau lebih mesra disapa sebagai Nani merupakan seorang pelakon berbakat dan sepanjang penglibatannya dalam industri lakonan tempatan, gadis kecil molek ini telah berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti Artis Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18) serta Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Gubra di FFM19.

Baru-baru ini Sharifah Amani dikatakan telah bercuti ke Batu Feringgi, Pulau Pinang bersama keluarga tercinta. Menerusi foto yang dimuat naik oleh Amani, kakaknya Sharifah Aleya turut bercuti bersama dan penyampai radio Hot.fm tersebut turut membawa dua puteri comelnya iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena.

Kesemua foto percutian ini telah dikongsikan oleh Amani dan Aleya menerusi laman Instagram masing-masing. Jom lihat foto-foto percutian mereka selepas ini.

 

Kredit Foto : Instagram Sharifah Amani & Sharifah Aleya