Pendakwah bebas Datuk Kazim Elias mendedahkan dia sudah terkena penyakit sihir sejak tahun 1997 lagi bukan semata untuk gimik seperti yang didakwa segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: Darah Meleleh Tiba-Tiba & Satu Badan Luka, Ustaz Kazim Buka Cerita Penderitaan Ditanggung Selama Ini
Tebuk pinggang
View this post on Instagram
Menerusi secara eksklusif kepada program MeleTOP, Kazim menyatakan dia terpaksa menanggung kesakitan apabila tidak dapat membuang air kecil selama sebulan.
Katanya, dia telah dimasukkan ke pusat perubatan namun doktor tidak dapat menyembuhkan penyakit misteri itu.
Bila saya tak boleh buang air kecil sebulan, saya menggelupur sikit. Doktor tebuk pinggang saya untuk keluarkan air kencing saya. Tapi saya teruskan berdakwah.
Bila buat pembedahan doktor dapati ada satu benda putih sangkut di saluran air kencing saya. Doktor cadangkan tarik keluar melalui saliran kencing. Selepas dua hari, doktor bagi penerangan..masa nak tarik benda itu, makin lari lari makin ke atas dan hilang. Allahualam.
Pakai makeup tebal
Cerita Kazim lagi, dia juga perlu memakai solekan tebal bagi menutupi masalah kulit wajahnya yang lebam dan berdarah secara tiba-tiba.
Ketika siaran langsung, Kazim bertindak membuang solekan yang dipakai dan menunjukkan wajah sebenar yang terdapat kesan parut hitam akibat luka.
Orang kata sihat, segak. Tengok kesannya, betis dan paha saya macam budak sekolah. Sekarang bila nak keluar rumah saya pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya.
Kadang-kadang pakai serban tutup muka nampak mata saja sebab tak larat nak solek. Kemudian, saya berubat, jumpa pakar dan pengamal perubatan tapi Allah belum izinkan.
Sebab itu saya kata tolong bantu saya. Lima pembedahan saya dah buat, empat MRI dah buat untuk semak penyakit saya. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun.
Nak mati ketika dakwah
Dalam pada itu, penceramah terkenal yang berumur 49 tahun ini turut berkongsi amalan yang diikhtiarkan sepanjang usaha dia untuk berubat.
Selepas sembahyang saya tak pernah tinggal ayat Kursi dan surah Hud ayat 56 di samping saya buat amalan mandian saya. Itu banyak bantu saya untuk bertahan.
Benda paling menakjubkan waktu maghrib, selepas keluar hospital. Saya mandi air ramuan saya buat, jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Saya simpan sampai sekarang. Itulah perbuatan sihir..benda yang menyalahi adat dan kebiasaan kita.
Cita-cita saya nak mati dalam dakwah. Jika sakit ini menjadi penyebab kematian, saya reda.
Sumber: Youtube MeleTOP