Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) tampil menjelaskan isu mengenai sekeping foto yang dikongsinya semalam di laman Facebook. Foto tersebut mendapat respon daripada seorang individu yang mendakwa luka tersebut adalah solekan khas bagi penggambaran satu filem yang berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Elias Kongsi Foto Tangan Terbakar & Mohon ‘Bantuan’ Orang Ramai, Netizen Syak Angkara Sihir?
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Sembunyikan Lagi, Ustaz Kazim Dedah Keadaan Wajah Terkini – ‘Satu Badan Pedih, Gatal & Luka Sampai Darah’
Artikel Berkaitan: Kecoh Ustaz Kazim Cari Penawar ‘Sakit’ Kulit, Individu Ini Dedah Luka Itu Adalah Solekan Shooting Filem – ‘Itu Luka SFX’
Penjelasan sebenar Ustaz Kazim
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Ustaz Kazim menjelaskan foto yang dikongsi merupakan realiti apa yang terjadi kepadanya hari ini. Bagaimanapun, ‘sakit’ tersebut berjaya disembunyi hasil solekan dan pendakwah ini turut akui dia tidak mampu lagi menyimpan rahsia tersebut daripada orang ramai.
Depa kata Ustaz Kazim ni prank orang, kemudian ada orang kata tu berlakon. Semalam keluar dalam Facebook gambar lengan jadi apa… katak puru.. tu berlakon.. make up artist dia makeupkan untuk scene saya kena sihir jadi sebenarnya itulah realiti sekarang yang berlaku pada saya.
Tapi saya sembunyikan, saya topup dengan make up jadi hari ini saya ceritalah keadaan sakit saya sebab rasanya saya dah tak boleh lagi dah simpan benda itu.
Ujarnya lagi, jika berkongsi foto pada bahagian auratnya sudah pasti akan mendatangkan aib kepada dirinya.
Ada orang tanya tadi, baik ke buat macam itu dan posting. Takkan saya nak tunjuk aurat saya dalam Facebook saya, benda itu jadi di sini, benda tu jadi tang sana, benda itu aib kepada saya.
‘Takkan nak tunjuk aurat’
Mengulas lebih lanjut, Ustaz Kazim turut menjelaskan apa yang terjadi hanya diketahui individu yang berada dekat dengannya iaitu anak-anak dan isteri.
Jadi saya nak ceritakan kebetulan depa buat di lengan saya, saya masuklah takkan saya nak tunjuk keadaan di perut saya, di paha saya, hanya orang yang dekat dengan saya tau.
Anak-anak saya, isteri saya bukannya benda itu tipu cuma saya sorok daripada orang. Benda yang tak boleh disorok di muka, jadi yang di muka ini penuh dengan ‘topup’ (make up) semua. Kalau tuan-tuan mai dekat boleh nampak. Sini foundation, sini foundation.
Foto yang dikongsi merupakan kiasan kepada apa yang benar-benar terjadi kepada dirinya dan pendakwah ini turut akui dia menyembunyikan penyakit tersebut selama ini.
Dia jadi luka ikut suka dia, sat lagi duduk saja-saja keluar darah meleleh, darah dekat sini, satu badan. Jadi untuk pengetahuan, saya nak bagi kias takkan saya nak tunjuk badan saya pada khalayak berjuta. Cuma saya kata saya ada masalah, selama ini saya sembunyikan penyakit saya tapi saya dah tak boleh.
Video penuh:
@datoustazmohdkazimeliasCERITA SEBENAR? original sound – UstazKazimOfficial
Sumber: Ustaz Mohd Kazim Elias