Foto: Kosmo
Sebelum ini, seorang wanita sedang sarat hamil telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah selepas disyaki dipukul oleh suaminya sendiri. Berikutan daripada itu, pihak polis giat menjejaki lelaki yang dikenali dengan nama Rosmaini Abd. Raof.
Artikel Berkaitan: Polis Edar Gambar Saksi Utama Kes Belasah Isteri Hamil Sampai Masuk ICU
Terbaru, Kosmo melaporkan, mangsa yang berusia 43 tahun itu telah dibenarkan discaj setelah 27 hari dirawat di hospital.
Mungkin hilang ingatan
Menurut sumber, wanita terbabit yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Johor telah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga tersayang di Sungai Udang, Melaka. Menurut adik mangsa, kesihatan kakaknya itu berada dalam keadaan stabil tetapi dia masih belum sedarkan diri. Difahamkan, kandungan mangsa yang berusia 11 minggu juga berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.
Tambahnya lagi, pihak hospital ada memaklumkan kemungkinan mangsa akan mengalami hilang ingatan selain mempunyai peluang yang tipis untuk kembali pulih seperti biasa. Dalam pada itu, mereka berdoa supaya mangsa diberi kesembuhan selain berharap agar pelaku akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Sekarang ini kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.
Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).
Sumber: Kosmo