berita

3 Jenis Exfoliator Yang Korang Kena Tahu, Bukan Skrub Je Tau!

January 29th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

scrub, skrub muka

Korang tahu kan betapa pentingnya kita untuk skrub muka? Skrub muka ni untuk kita buang sel kulit yang mati dekat muka tau. Tapi korang jangan pulak skrub muka setiap hari sebab kononnya nak muka flawless. Skrub 2 hingga 3 kali seminggu je ye!

Tapi korang tahu tak yang sebenarnya skrub ni ada 3 jenis. Tapi kita tak panggil skrub lah, kita panggil sebagai exfoliator. 3 jenis exfoliator tu adalah chemical, physical dan juga exfoliator secara manual. Jom belajar apa fungsi 3 jenis ni.

1. Chemical exfoliatorhada labo, exfoliator, skrub muka

Mula-mula sekali sis nak bagi tau dekat korang chemical exfoliator ni dia tak kasar. Sebabnya dia takda tekstur macam skrub. Tekstur dia macam pencuci muka biasa je tapi fungsi dia sama je babe macam skrub dan hanya pakai 2 hingga 3 kali seminggu je!

Jadiii, girls kat luar sana yang muka sensitif dan berjerawat chemical exfoliator ni sesuai untuk korang. Sebab exfoliator ni jenis lembut je dekat kulit. Cuba exfoliator dari Hada Labo ni, sis dah cuba bila muka sis tengah berjerawat. Memang terbaik!

2. Physical exfoliator

st. ives, skrub muka, skrub diy

Physical exfoliator skrub ni yang kita biasa pakai dari dulu. Skrub jenis ni time muka kita tengah takda jerawat eloklah pakai. Sebabnya bila ada jerawat pakai pulak jenis exfoliator macam ni bercalar lagi jerawat korang tu. Dari elok nak sembuh nanti jadi teruk pulak.

Physical exfoliator ni kasar, contohnya macam coffee skrub. Kan kasar tekstur dia tu. Jadii kalau kulit korang tak sensitif ataupun berjerawat korang boleh lah cuba St. Ives Apricot Skrub ni, paling sesuai dengan orang kulit berminyak.

3. Skrub secara manual guna span konjac

skrub muka, konjac span, sponge konjac

Bagi you girls yang tak nak guna exfoliator chemical ataupun physical korang boleh guna konjac span ni. Misal kata korang rasa leceh nak beli pencuci muka lain dan skrub muka lain kan?

Korang belilah konjac span ni dan pakai je dengan pencuci muka biasa yang korang pakai harian. Settle masalah korang yang tak nak beli apa-apa skrub pun.

kulit kering

3 jenis exfoliator ni fungsinya sama je tapi korang kena study jenis kulit muka korang. Lepastu pilih exfoliator yang sesuai dengan kulit muka korang tau. Jangan pulak kulit korang jenis sensitif korang pakai jenis physical pulak, nanti takut senang bercalar muka.

Apepun jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita.