berita

“Kenapa Muka Menggelupas Ni?” – 4 Tanda Kulit Kita Dehydrated

July 10th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

 

Mesti ada sesetengah dari kita yang ada dehydrated skin. Lebih-lebih lagi yang selalu tak pakai skincare tu. Sebenarnya kita akan jadi macamtu bila kulit kita tak cukup air. Tak best lah kalau tengok cermin muka nampak kusam je kan?

So harini Sis Katy nak share pula pasal dehydrated skin. Mesti ramai tak tau kan? Haa korang teruskan baca apa Sis nak bebel ni hehe.

Dehydrated Skin Tu Apa?

Kulit kita ada oil moisture barrier dia yang tersendiri. Tapi bila oil moisture barrier kita ni terganggu, kulit kita ni akan berubah samada kita jadi berminyak ataupun lebih berminyak dari biasa & nampak dehydrated. Biasanya dia akan terganggu bila kita duduk tempat beraircond ataupun low humidity. Orang biasa cakap oily skin je selalu kena tapi sebenarnya semua skin type boleh kena tau? Sebab tu pentingnya hydration.

Tanda-Tanda Kulit Kita Dehydrated

1. Kulit Rasa Ketat & Pedih

Siapa pernah rasa kulit muka dia ketat? Sampai nak gerakkan mulut pun rasa terseksa kan? Bila dah kena macam ni barulah rasa nak tepek moisturizer banyak banyak kan haha. Tapi biarpun muka rasa ketat, kulit kita tetap berminyak.

2. Kulit Mula Menggelupas & Ada Dry Patches

Pernah tak korang bangun tidur & perasan muka korang start menggelupas?Ataupun korang perasan kulit korang start jadi scaly macam kulit ular tu, tak sukanya tengok! Ni kalau biarkan je & tepek makeup memang ketara lah nampak dry patches kat muka tu.

3. Kulit Nampak Dull Je

Kulit kita akan nampak kusam je kalau dehydrated. Muka kita akan sentiasa nampak penat, dah nampak macam sakit dah.

4. Kulit Mudah Breakout

Bila oil moisture barrier kita dah lari, memang kita senang nak berjerawat. Biasanya bila dah macam ni, mula lah keluar tiny bumps banyak-banyak dekat dahi. Siapa je nak muka berjerawat kan?

Okay Sis dah penat dah bebel pasal ni, Sis nak rehat pula. So sekarang korang dah tau lah kan kenapa muka korang start dehydrated kan? Boleh dah lepasni start berjaga-jaga, jangan biarkan muka korang jadi makin teruk tau?

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.