
Pelakon Datuk Remy Ishak akui mengamalkan mandian air garam bagi membuang aura negatif yang terkumpul dalam badan.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Kongsi Tip Buang Aura Negatif Dalam Diri – ‘Mandi Air Garam’
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Komen Kenyataan DMA Islam – ‘Setiap Manusia Unik, Jangan Hentam Sebab Kita Tak Setuju Dengan Pendapat Dia’
Mandian air garam
Ketika ditemui OhBulan!, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, amalan mandi air garam bukanlah inisiatif yang asing malah ianya berdasarkan pengalaman.
Perkara ini kita cakap dari pengalaman. Kita pun pernah melalui. Penyakit ain ni bila kita muncul secara umum, terlibat dengan dunia luar, perkara itu biasa.
Secara saintifikya, kalau kita ada banyak aura negatif dalam badan garam memang dapat membantu. Sama ada awak minum ataupun mandi. Jadi mineral garam itu perlu.
Remy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Sumpah Ibuku yang diadakan di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.
Aura negatif
Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama ‘Sumpah Ibuku’ itu akui terkesan dengan komen-komen negatif.
Bagaimanapun, Remy enggan mengulas lanjut kefahamannya mengenai aura negatif kerana bimbang disalah tafsir.
Kita tak nafikan sosial media sekarang, kita boleh terkena dengan benda-benda negatif.
Kadang-kadang ianya mengganggu sampaikan kita rasa nak marah. Maksudnya, ada sesuatu yang tersekat dalam diri.
Saya amalkan tiga kali seminggu tapi tengok keadaan.
Aura negatif ni dia kalau nak cerita ianya jadi panjang. Takut apa yang saya cakap disalah ertikan.
Terdahulu, Remy mencadangkan kepada pelakon Zara Zya melalui hantaran di Threads supaya mencuba amalan mandian air garam bagi menyingkirkan aura negatif.
Sekadar info, Sumpah Ibuku bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 19 November 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di slot Akasia TV3.
Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store
Bergenre drama kekeluargaan, Sumpah Ibuku menampilkan barisan pelakon ternama tanah air termasuk Izara Aishah, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly.