berita

3 Minggu Menang Persembahan Terbaik, Zaaim Diramal Bakal Juara Mentor 7?

December 10th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Nampaknya Mentor 7 sudah hampir sampai ke penghujung rancangan. Protege kepada Siti Nordiana sekali lagi membuat kejutan apabila memenangi persembahan terbaik pada minggu ini. Tak cukup dengan itu, Zaaim turut dilihat menerima pujian tinggi dari para juri.

Ramai yang meramalkan protege Zaaim bakal bergelar juara Mentor musim ini. Adakah benar tekaan mereka?

Persembahan terbaik

Siapa sangka Zaaim sekali lagi berjaya memukau penonton dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah nyanyian M.Nasir dan Jamal Abdillah. Walaupun pada awalnya ramai tidak yakin protege itu mampu membawa lagu dari dua penyanyi legenda negara itu, namun dia berjaya membuktikan dengan nyanyian cara tersendiri.

Mendapat markah penuh dari juri awam, ternyata persembahan Zaaim sungguh luar biasa. Selain komen positif dari para juri, Datuk Wah Idris memuji persembahan itu merupakan antara terbaik pada malam itu. Mas Idayu turut mengucapkan tahniah kepada mentor, Siti Nordiana kerana telah memilih lagu mencabar buat protegenya.

Saingan hebat, Pasya

Turut mendapat markah tinggi 19% dari juri awam, Pasya merupakan antara peserta yang dikatakan bakal memberi saingan hebat kepada Zaaim. Ramai menjangkakan kedua protege ini akan ke pentas akhir. Dia yang menyanyikan lagu Hati Emas dari kumpulan Kembara itu mendapat pujian dari para juri. Suaranya yang serak-serak basah itu dikatakan sangat sesuai dengan lagunya itu.

Pada minggu ini, Zaaim sekali berjaya memenangi persembahan terbaik membuatnya dia mencipta rekod menang 3 kali berturut-turut. Memang hebat sungguh!

Zaaim juara

Buat anda yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor 7 di rumah, anda juga boleh saksikan menerusi portal tonton www.tonton.com.my. Saksikan juga aktiviti protege kegemaran anda di Jurnal Mentor setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Jangan gunakan tanda pagar #Mentor7 untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial anda.

Jangan lupa hantar undian anda di laman web www.xtra.com.my untuk menyokong peserta kegemaran pada setiap minggu. Siapa agaknya akan bergelar Juara Mentor musim ke 7 ini?

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×