berita

3 Tahun Kenal, Zee Avi ‘Reveal’ Identiti Suami Kepada Peminat – ‘Dia Bekerja Dalam Bidang IT’

November 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tanggal 22 November yang lalu, pelantun suara ‘Kantoi’ Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya sendiri iaitu Kenji Makano.

Artikel berkaitan: ‘Today Is The Day!’ – Zee Avi Dah Kahwin, Pilih Jejaka Jepun Sebagai Pasangan Hidup

Terbaru, Zee Avi secara rasmi memperkenalkan suaminya kepada umum.

Kenal lebih kurang 3 tahun

Menurut Zee Avi, dia dan Kenji telah berkenalan lebih kurang tiga tahun yang lalu. Mereka bertemu pada tahun 2018 di sebuah acara. Ujar Zee Avi, suaminya dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo. Namun, suaminya telah menetap di Malaysia sudah hampir 4 tahun. Tambah Zee Avi, suaminya bekerja dalam bidang IT.

Kami bertemu pada tahun 2018 di @thezhongshanbuilding apabila sahabat saya @alenamurang menjemput saya keluar ke sebuah acara. Soalan pertama yang saya tanya Kenji ialah “Adakah anda menonton Terrace House?” Dia kata tidak. Tetapi dia melakukannya selepas itu! Haha!

Zee Avi turut memberi peluang kepada semua pihak untuk mengajukan apa sahaja soalan berhubung kisah cinta mereka. Jelas Zee Avi lagi, dia dan Kenji akan melakukan sesi live di Instagram bagi menjawab kesemua soalan daripada netizen. Pasangan ini turut memuat naik beberapa foto sempena majlis akad nikah mereka baru-baru ini.

Antara foto majlis akad nikah

Sumber: Zee Avi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×