berita

30 Foto Umie Aida Di Istanbul. Sudah Berhijab Ke?

January 3rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Pada 26 Disember lalu, pelakon cantik Datin Paduka Umie Aida telah terbang ke Istanbul bersama kakaknya yang juga pengarah terkenal, Erma Fatima. Menerusi ‘caption’ di salah sebuah foto yang dimuat naik oleh Umie Aida, beliau telah memaklumkan bahawa mereka ke Istanbul bagi menjalani sesi penggambaran cerita ‘Hijab Kekasih.’

Untuk cerita ‘Hijab Kekasih’ ini, Umie Aida bakal digandingkan dengan pelakon kacak, Beto Khusyairi. Untuk cerita ini penampilan Umie Aida kelihatan sungguh berbeza dan anggun tatkala menggayakan hijab.

Penampilan berhijab Umie Aida ini turut menarik perhatian peminat dan ramai yang memuji penampilan beliau. Terdapat juga peminat setia yang mendoakan agar pelakon ini terus berhijab meskipun bukan di dalam lakonan.

Jom lihat foto-foto Umie Aida sepanjang berada di Istanbul. Enjoice!!

 

Sumber : Instagram Umie Aida

SKIP THIS AD ×