Pelakon Datin Seri Umie Aida menyorot perhatian warganet selepas berkongsi sedutan video bersama adiknya yang juga seorang selebriti, iaitu Betty Rahmad.

Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah, Saya Tak Pekik..Video Itu Tak Berasas & Timbulkan Fitnah’ – Betty Rahmad

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Betty Rahmad Biadap, Tuntut Permohonan Maaf Segera – ‘Tahun Lepas Kakak Kau, Tahun Ini Kau Pula’

Ujian

Menerusi perkongsian video di TikTok, Umie, 53, kelihatan memeluk adiknya sebagai tanda sokongan susulan kontroversi yang melanda Betty.

Kata Umie, kadangkala ujian sedemikian membuka mata seseorang untuk melihat siapa sahabat yang benar-benar ada di sisi.

Kadang-kadang ujian begini membuka mata kita, siapa sahabat yang benar-benar ada.

Bukan sekadar ada pada waktu senang, tetapi yang berani berdiri di hadapan ketika kita diuji.

Ujarnya lagi, setiap dugaan juga mengajar seseorang memahami satu tahap kehidupan yang baharu.

Dalam pada itu, Umie turut berkongsi pandangan bahawa tidak mengapa jika ada yang membenci kerana dia percaya Allah tetap akan menghadirkan insan berhati bersih yang mampu memahami serta mendoakan yang terbaik.

Betty, awak belajar satu level kehidupan.

Apa yang penting, kita terus perbaiki diri dan berjalan di jalan yang Allah reda.

Biarlah ada yang membenci, kerana Allah juga akan hadirkan hati yang bersih untuk memahami dan mendoakan kita.

Sekadar info, sebelum ini Betty menjadi perbualan hangat di media sosial selepas didakwa bersikap biadab terhadap seorang peniaga di Celebfest yang berlangsung di Singapura.

Sumber: TikTok Umie Aida