berita

30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM38! Ziana Zain, Aina Abdul & Hael Husaini Antara Persaing Hangat

December 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sebanyak 30 buah lagu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 38 sekali gus bakal berentap untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).

Ziana Zain beri saingan

Antara lagu yang berjaya mara adalah Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Astana (Ernie Zakri), Sejuta Maaf (Liza Hanim) dan banyak lagi.

Turut mencuri tumpuan adalah lagu yang dinyanyikan penyanyi terkenal Ziana Zain duet bersama Hasif Upin berjudul Waktu.

Berikut merupakan senarai penuh 30 lagu yang berjaya ke SFMM38:

  1. Inilah Jalannya – Masdo
  2. Kalam – Shiha Zikir
  3. Sutera – Aisha Retno
  4. Bintang – Hael Husaini
  5. Korbankan Kita – Mojo
  6. Aku, Hati & Perasaan – Haqiem Rusli
  7. Menyantunkan Kasih – Siti Nordiana
  8. Cinta Sahabiyah – Datin Alyah
  9. Sejuta Maaf – Liza Hanim
  10. Astana – Ernie Zakri
  11. Kaulah Syurga – Khai Bahar & Lia Aziz
  12. Racun – Elica Paujin ft. Dem Lepak Boyz
  13. Kucuma – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
  14. Berubah – De Fam
  15. Waktu – Ziana Zain & Hasif Upin
  16. Ilusi – Marsha Milan ft Hazama
  17. Alah Bisa – Amira Othman ft Faizal Tahir
  18. Cinta Hanya Buatan – Afieq Shazwan & Muna Shahirah
  19. Budi – Kmy Kmo, Luca Sickta ft Sufian Suhaimi
  20. Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali
  21. Oh Wanita – Khai Bahar
  22. Tusuk – Shiha Zikir
  23. Hasrat – Amir Jahari
  24. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
  25. Bahagia Milik Kita – Syamel
  26. Kamu Kamu – Wany Kayrie
  27. Dua Darjat – Blacl Hanifah
  28. Darah – Marsha Milan
  29. Di Sebalik Rahsia – Haqiem Rusli
  30. Santai – Naqiu

SFMM38 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 15 Disember Hingga 17 Disember ini dan dihoskan oleh Izzue Islam serta Fiza Frizzy.

Penonton boleh menyaksikan SFMM38 secara langsung menerusi siaran TV3 jam 3 petang atau strim di aplikasi TonTon.

SKIP THIS AD ×