Dari tahun 2018 hingga Januari tahun ini didapati seramai 339 pegawai polis diseluruh negara telah terlibat dalam proses pertukaran berikutan masalah disiplin.
Artikel Berkaitan: Suami Paksa Buat Seks Songsang, Isteri Nekad Lapor Polis
Artikel Berkaitan: Pelakon Hellbound, Yoo Ah-in Disiasat Polis Kerana Penyalahgunaan Dadah
Kesalahan tidak bermoral, disiplin & integriti
Menurut kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai 294 pegawai ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai ditukarkan ke Sabah manakala 20 pegawai ditukarkan ke Sarawak.
Amat mengejutkan apabila KDN mendedahkan antara kesalahan pegawai yang menjadi sebab pertukaran adalah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan serta aktiviti tidak bermoral.
Dalam pada itu, pegawai polis yang terlibat dengan masalah disiplin, integriti dan melakukan kesalahan jenayah juga perlu menjalani proses pertukaran yang sama.
Respon Netizen
Menjengah ke ruangan komen di laman Twitter, rata-rata mereka memberikan pandangan agar kesalahan anggota polis bukan sekadar diselesaikan dengan ditukarkan ke tempat baharu tetapi tindakan tegas dan hukuman berat harus diambil.
KDN membentangkan maklumat tersebut untuk menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi tentang jumlah pegawai polis yang dipindah ke negeri Sarawak.