Didera secara seksual dan fizikal menyebabkan isteri pelakon dan penyanyi dangdut, Rizal Djibran dari negara seberang membuat laporan polis.
Artikel Berkaitan: Puas ‘Enjoy’ Bersama, Lelaki Terus Mengaku Mandul Lepas Kekasih Dedah Hamil 6 Bulan
Artikel Berkaitan: Buat Hubungan Seks Dengan Ibu Mentua, Bekas Suami Ancam Mahu Saman
Dipukul kerana menolak seks songsang suami
Menurut dakwaan isterinya, Sarah, perlakuan kasar penyanyi dan pelakon Indonesia itu sudah mula ditonjolkan seawal sebulan usia pernikahan mereka. Sarah mendakwa suaminya akan memukul sejurus dia menolak permintaan keterlaluan suaminya itu.
Saya dari awal lagi sudah menolak keinginan seksual tapi saya diancam dengan kekerasan verbal dan dia juga memukul saya di tangan dan kaki.
Sarah juga menjelaskan bahawa dia masih menyimpan bukti dia pernah dipukul sehingga lebam oleh pelakon yang popular menerusi drama Misteri Gunung Merapi itu.
Memetik laporan yang sama, Sarah mendedahkan suaminya yang berusia 45 tahun itu juga selalu pulang lewat malam dan balik dalam keadaan mabuk.
Sekadar info, Rizal dan Sarah yang berbeza usia 15 tahun telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2022 setelah dikenalkan oleh rakan mereka secara taaruf.
Sumber: CNN Indonesia