berita

35 Tahun Menabur Bakti, Dr Noor Hisham Pilih Tarikh Ulang Tahun Untuk Bersara

April 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Foto: Utusan Borneo Online

Selepas 35 tahun menabur bakti dan berkhidmat kepada negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan beliau akan bersara pada 21 April ini.

Artikel berkaitan: PRU15: Pengundi Positif Covid-19 Boleh Keluar Mengundi, Wajib Pakai Pelitup Muka

Artikel berkaitan: ‘Catwalk’ Dengan Rokok, Dr Noor Hisham Tegur Noh Salleh

Artikel berkaitan: Kes Covid-19 Cecah 11k, Suara Sebak Dr Noor Hisham Ketika Sidang Media Curi Tumpuan Netizen

Pilih tarikh lahir untuk bersara

Memetik Harian Metro, ayah kepada enam orang cahaya mata itu berkata beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas persaraannya kelak.

Malah, difahamkan tarikh 21 April tersebut dipilih bersempena dengan hari ulang tahunnya yang ke-60.

Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa.

Ditanya sama ada beliau akan menikmati tempoh persaraannya itu memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bekerja keras, Noor Hisham menjawab beliau akan berkongsi mengenai perkara itu kelak.

Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian.

Untuk rekod, Noor Hisham memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlang menyaksikan beliau berhadapan saat mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

Beliau dianggap ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat negara ini kerana usahanya memberikan maklumat terkini mengenai Covid-19 di media sosial, berlandaskan rumusan berasaskan fakta dan statistik.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×