berita

Kes Covid-19 Cecah 11k, Suara Sebak Dr Noor Hisham Ketika Sidang Media Curi Tumpuan Netizen

July 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, jumlah kes positif Covid-19 semalam telah mencecah sebanyak 11,079 kes. Susulan daripada itu, rata-rata daripada netizen mula meluahkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes tersebut.

Artikel berkaitan: Dikecam Kerana Salahkan Banyak ‘Sektor’ Beroperasi, Naim Daniel Minta Individu Ini Celik Mata

Artikel berkaitan: ‘Sudahlah Kalian Menjadi Pisau Cukur, Rakyat Pula Disuruh Bersyukur’ – Naim Daniel

Artikel berkaitan: Kes Makin Naik, Ramai Rakyat Derita, Fizo Omar Tagih ‘Kebijaksanaan’ Pemimpin Tadbir Negara

Selain netizen, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut kelihatan sebak semasa mengumumkan berita mengenai peningkatan kes tersebut.

Harap rakyat Malaysia tampil ke depan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia)

Menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, suara Dr. Noor Hisham kelihatan agak bergetar tatkala memberi saranan terhadap rakyat Malaysia supaya tampil menerima vaksin. Jelas beliau, vaksin merupakan salah satu cara yang dapat mengurangkan kadar jangkitan di negara ini. Tambah Dr. Noor Hisham, beliau sudah menjalankan bahagian dan tugasnya manakala, para petugas barisan hadapan juga semakin lemah.

Suara macam nak menangis

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak sebaik sahaja mendengar suara Dr Noor Hisham yang dipercayai sedang bersedih apabila mengumumkan berita tersebut. Menurut netizen, Dr Noor Hisham telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sekali dan beliau merupakan hero sebenar sejak kes Covid-19 ini dikesan di Malaysia.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×