berita

4 Rahsia Kekal Cantik Ibarat Artis Tanpa Penggunaan Skincare

December 12th, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Korang mesti selalu tertanya-tanya kan macam manalah artis dan influencers ni dapat kulit cantik. Bukan cantik je, tapi macam tak pernah ada masalah kulit. Bila tengok dorang review produk apa-apa je mulalah korang pun nak try jugak semua produk tu kan sebab nak cantik punya pasal.

Tapi Katy nak bagi tau yang cara korang tu salah. Nak jadi cantik bukan takat pakai skincare je tau korang. Ni Katy nak bagitau 4 rahsia tambahan macam mana korang nak dapat kulit cantik macam artis dan influencers selain pakai skincare.

1. Tarikh luput sarung bantal – 3 hari

Terkejut tak sarung bantal ada tarikh luput. haha! Maksud Katy tarikh luput tu korang kena selalu tukar bantal korang setiap 3 hari. Jangan korang buang pulak sarung bantal tu.

Lepas 3 hari je korang basuh sarung bantal yang lama dan ganti dengan yang baru. Sebab bakteria yang kita tak nampak tu berkumpul kat situ, tulah punca kenapa selalu naik jerawat kat muka sebenarnya.

2. Elakkan ‘Fast Food

what you eat is what you get

Korang mesti biasa dengar ayat “what you give is what you get” kan? Tapi dalam entry kali ni Katy nak kenalkan korang dengan ayat “What you eat is what you get“.

Kenapa Katy cakap macam tu? Sebabnya kalau tak percaya cuba korang jaga makan untuk sebulan, elakkan makan snacks yang tak sihat, apa-apa yang manis dan fast food. Korang akan nampak kulit korang akan jadi sihat lepas tu, in shaa Allah!

3. Detox sweats atau bersukan

Jangan ingat bersukan tu untuk stay FIT je tau. Sebenarnya bila korang bersukan ni, automatically korang detox naturally. Kekadang perut yang tak sihat ni menimbulkan masalah dekat muka kita.

Pada masa korang tengah detox naturally tu, korang boleh jugak minum teh detox tu, tak salah pun. Teh detox ni yang selalu kurangkan craving kita pada benda manis, jadiiii takdalah korang nak makin benda manis je selalu.

4. Hidrasi adalah segalanya

Ramai orang percaya dengan tips ni. Tapi ada satu masalah je, masalahnya bila kita sentiasa beri alasan untuk tak minum air. Korang kena rajin minum air yang banyak tau! Sebab macam mana badan tu nak detox kalau air tak cukup, asyik exercise dengan minum teh detox je.

Korang makan collagen tu pun dia sarankan minum air kosong banyak, apatah lagi kalau korang detox secara natural ni. Jadiiii, letak alarm ingat kan diri sendiri untuk sentiasa minum air okay girlsss!

Akhir sekali, Katy nak cakap yang rahsia kita share ni adalah rutin tambahan yang korang boleh tambah dalam nak jaga kulit korang. Jangan korang DELETE rutin skincare korang pulak.

Sebab skincare tu penting, cuma kalau korang nak efek skincare tu cepat berkesan korang try lah amalkan rahsia tambahan ni juga. Apepun kena ingat kalau nak cantik kena stay healthy jugak okay girlsss!

Kalau rajin singgah lah Facebook Kini Trendy daaaan jangan lupa tekan like untuk tau perkembangan terkini dalam dunia fashion, makeup dan wanita.

The following two tabs change content below.