Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Syukur Dapat Jumpa Anak Lepas 8 Tahun Berpisah -‘Raya Haji Yang Bermakna’
Tidak mahu bermusuh
Ketika ditemui Berita Harian, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia mengambil masa berminggu-minggu lamanya memikirkan perkara ini sebelum memutuskan untuk berdamai dengan Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman.
Difahamkan, hubungan mereka mula dingin selepas pemergian pemain drum kumpulan Search, Allahyarham Yazit Ahmad.
Hubungan kami mulai dingin selepas Allahyarham Yazit meninggal dunia pada 2019. Alhamdulillah, kami sudah rujuk (berdamai).
Saya rasa bulan ini sangat mulia dan bulan untuk memaafkan.
Ada seseorang diutuskan untuk bertemu saya bagi membincangkan mengenai pertemuan ini. Bagaimanapun saya ambil masa berminggu-minggu untuk memikirkan perkara itu.
Maklum sajalah, semua orang ada ego masing-masing. Selepas lama berfikir, saya tak nak berlaku biadap pada orang yang lebih dewasa daripada saya.
Dan juga rasa sayang saya kepadanya sebagai seorang abang dan menganggapnya sebagai pelopor rock dan nombor satu dalam Malaysia ini.
Awie turut berkata, hatinya terbuka untuk berdamai serta berbaik dengan semua orang selepas bertemu dengan dua orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Antasha, 13, yang terpisah selama lapan tahun.
Sebagai orang yang lebih muda daripada Amy, saya akhirnya akur dan pergi berjumpa dengannya.
Kami bermaafan dan berpelukan sebagai adik, sahabat dan rakan seperjuangan dalam industri ini.
Pertemuan dengan dua anak dan juga hubungan yang kembali jernih dengan bekas isteri turut membuka hati untuk saya berdamai dan memaafkan semua orang yang pernah bermusuhan dengan saya.
Tambah pelantun lagu Sejati itu lagi, faktor usianya yang semakin meningkat mendorongnya untuk menamatkan konfliknya dengan Amy.
Kita pun makin hari makin tua. Kubur pun memanggil-manggil. Cukuplah.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengaturnya kerana menyatukan kami semula.
Saya bersyukur dan menyifatkan usaha ini sebagai asbab untuk kami berbaik dan pahalanya sangat besar.
Sekadar info, sengketa antara dua penyanyi rock legenda negara itu mula tercetus selepas Amy mengakui terluka dengan komen Awie yang mendakwanya mengabaikan arwah Yazit ketika sakit.
Menurut Amy, tuduhan yang dilempar Awie itu tidak berasas kerana hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak sahaja.
Posting Awie
View this post on Instagram
Sumber: Berita Harian, Instagram