Datin Patimah Ismail iaitu isteri kepada Datuk Yusof Haslam kembali bersuara selepas anak lelakinya, Syamsul Yusof dan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana berbalas kenyataan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Satu Malaysia Tahu Siapa Curang, Niat Saya Agar Syamsul Tidak Sesat’ – Patimah Ismail
‘Dia bangkit menuntut hak anak-anaknya’
Sebelum ini, Patimah menyatakan di Instagram bahawa satu dunia tahu siapa yang teraniaya dalam konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah. Patimah juga mempersoalkan siapa yang menyisihkan keluarga dan isteri selama ini sehingga tergamak berkahwin secara senyap di Thailand.
Terbaharu, Patimah meluahkan rasa simpati melihat penderitaan yang ditanggung menantunya empat tahun lalu termasuk mengharapkan kasih sayang dan kehadiran suami di sisi.
Empat tahun Puteri Sarah berjuang bersama anak-anak, berharap suami kembali ke pangkuan mereka. Hancur luluh hati bila suami memilih perempuan yang kejam itu. Dia bangkit menuntut hak anak-anaknya.
Puteri Sarah bagaimanapun bangkit untuk menuntut hak anak-anaknya. Ujar Patimah lagi, menantunya juga itu terus kuat dan berdikari demi membesarkan dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram Patimah Ismail