Tindakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof meminta isteri pertama, Puteri Sarah Liyana untuk menerima takdir qada dan qadar bahawa suaminya sudah pun berkahwin dua dan tidak menyimpan dendam membuatkan ibu kandungnya, Datin Patimah Ismail bersuara lagi.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Syamsul Merayu Kata Masih Sayang, Dah 4 Tahun ‘Block’ Yusof Haslam
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tidak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Enggan Tarik Kes Ira Kazar & Keluarga
Siapa curang?
Menerusi ruangan komen di Instagram (IG), Patimah menyatakan satu dunia tahu siapa yang teraniaya dalam konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.
Patimah juga mempersoalkan siapa yang mensisihkan keluarga dan isteri selama ini.
Satu Malaysia tahu, siapa curang, siapa yang teraniaya? Siapa yang kahwin di Thailand? Ketepikan isteri dan keluarga?
Tak nak anak sesat
Dalam pada itu, Patimah menjelaskan tujuan dia lantang bersuara adalah untuk memberi kesedaran kepada anak lelakinya agar tidak tersesat jauh.
Niat saya agar anak saya tidak sesat. Semoga Allah melindunginya dari kesesatan di dunia dan akhirat.
Pada hari Selasa, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu.
Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram