berita

42 Tahun Cari Anak, Bapa Meninggal Dunia 5 Hari Sebelum Rangka Mayat Anak Ditemui Dalam Sungai

March 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penantian seorang lelaki selama 42 tahun dalam usaha mencari mayat anak perempuannya tidak kesampaian apabila dia disahkan meninggal dunia lima hari sebelum mayat anaknya ditemui.

Penantian 42 tahun si bapa

Si bapa yang dikenali sebagai Oscar Jackson dilaporkan meninggal dunia pada 18 September tahun lalu. Sejak 40 tahun lalu, Oscar telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mencari mayat anak perempuannya, Pamella Jackson yang dilaporkan hilang selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1971.

Kereta yang dinaiki Pamella dan rakannya, Sherri Miller dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah parti akhir tahun di sekolah di Vermillion, South Dakota. Namun, mayat mereka tidak ditemui.

Mayat ditemui lepas empat dekat

Selepas kejadian tersebut, Oscar Oscar nekad mencari mayat anaknya di kawasan sungai dan hutan berhampiran. Tetapi sayangnya tiada sebarang petunjuk yang dtemui. Sehinggalah pada 23 September 2022 iaitu selepas empat dekad, seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut ternampak dua tayar dan bahagian bawah kereta dari atas air .

Lebih mengejutkan, apabila mendapati rangka mayat kedua-dua remaja berkenaan bersama kereta Studebaker 1960 itu berada 90 meter dari destinasi pesta yang mereka mahu pergi waktu itu. Pihak polis akhinya mengesahkan kematian Sherri dan Pam ‘tidak disengajakan’.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×