berita

Tiga Individu Rentung Dalam Kemalangan Di Ipoh

November 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tiga individu rentung apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah, di Kawasan Perindustrian Bercham, Ipoh pada malam Isnin.

Artikel Berkaitan: Pasangan Bakal Tunang Maut, Motor Ditunggang Dirempuh Pemandu Kereta Berusia 16 Tahun

Artikel Berkaitan: Isteri Maut Dirempuh Kereta Dipandu Remaja 14 Tahun, Suami Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Tiga individu rentung

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya, menerima panggilan pada pukul 8.05 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan dibantu BBP Tambun serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bercham, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Perdana dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 95 peratus.

Kemalangan itu dipercayai berpunca kereta tersebut merempuh bahagian hadapan lori sampah yang turut terbakar kira-kira 50 peratus.

Sabarodzi berkata bantuan kren digunakan untuk mengalihkan lori sampah tersebut dan setelah dialihkan didapati kesemua mangsa yang rentung berada dalam kereta berkenaan.

Pihak bomba menggunakan dua aliran hos bersumberkan air tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya.

Beliau berkata maklumat kesemua mangsa masih belum dapat dikenali pasti.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×