berita

‘5 Barangan Kemas & Berlian Jadi Pilihan Aishah’ – Usahawan Kosmetik Harap Isu Berlian Palsu Berakhir!

July 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Isu antara penyanyi Aishah dan seorang usahawan kosmetik, akhirnya telah selesai apabila usahawan tersebut memberi peluang kepada penyanyi itu untuk memilih sendiri set barangan kemas dan berlian seperti yang dijanjikan.

Menerusi laporan Mstar, Aishah telah memilih dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki yang bernilai keseluruhannya RM80,000 di salah sebuah kedai di Bangsar, Kuala Lumpur.

Beri peluang dia pilih sendiri

Menurut usahawan tersebut, dia sangat berbesar hati kerana dapat memenuhi permintaan penyanyi tersebut dan ianya juga merupakan persetujuannya sendiri.

Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara dalam sebuah program realiti hiburan. Barang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya petang ini di kedai emas tersebut.

Tambahnya, dia berharap penyerahan barangan tersebut dapat menamatkan kemelut yang berlangsung selama setahun setengah di antara mereka berdua.

Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda. Kalau saya jumpa dia pun lepas ni tak ada masalah, saya boleh tanya macam mana belian.

Sumber: Mstar