berita

5 Kesan Buruk Makeup Yang Mungkin Korang Tak Tahu. Jangan Ambil Tak Endah Pulak!

November 16th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Dah menjadi rutin harian hampir setiap wanita untuk memakai makeup. Setiap hari ada je iklan yang menggalakkan korang untuk mencuba produk kosmetik yang baharu. Walaupun makeup mampu buat korang lebih berkeyakinan dan berseri, namun setiap yang baik ada buruknya juga tau.

Memang betul kata orang, “Beauty is pain” tapi jangan sebab nak cantik, korang memudaratkan kesihatan pula. Produk kosmetik kegemaran korang tu sebenarnya penuh dengan bahan kimia yang boleh jadi bahaya untuk kulit. Perkara ni mungkin akan menyebabkan korang mengalami kesan negatif seperti berikut. 

1. Oh no.. jerawat naik!

Kredit: Dermascope

Benda yang biasa dan agak sukar untuk kita elak, jerawat. Sama seperti kulit badan kita yang lain, kulit muka kita juga perlu bernafas. Foundation dan bedak yang korang pakai tu akan tersumbat di dalam liang pori sekaligus memudahkan untuk jerawat tumbuh.

Selain tu, korang jangan amalkan tidur dengan makeup tau sebab benda ni pun mengundang jerawat juga. Jadi pastikan muka korang sentiasa dicuci dan bersih dari apa-apa produk makeup sebelum tidur okayss!

2. Kulit jadi kering

Kredit: Affiliated Dermatology

Salah satu kesan produk makeup pada kulit muka adalah kulit menjadi kering dan merekah. Sesetengah kesan produk juga akan jadikan muka korang kusam. Bila dah kering, mula lah kedutan akan jelas kelihatan pada kulit muka.

Produk kosmetik yang berasaskan minyak boleh membuatkan makeup korang bercapuk dan mudah berkerak terutamanya di bahagian bawah mata. Untuk counter masalah ni, cuba kurangkan produk yang berasaskan minyak dan sebaliknya lebihkan penggunaan moisturizer dan rutin mencuci muka yang betul.

3. Usia muda remaja tapi nampak tua

Kredit: The Express Tribune

Tak dapat dinafikan lagi produk makeup akan membuatkan penuaan yang lebih cepat. Nak tahu kenapa? Haa.. bahan kimia yang digunakan dalam makeup tu sebenarnya mengeringkan serta menyerap vitamin dan mineral penting yang sedia ada dalam kulit korang. End up kulit korang akan berkedut dan kering kerana kelembapan semulajadi tu hilang.

4. Sakit mata

Makeup mata adalah yang paling kerap dilakukan walaupun untuk pengguna makeup yang light. Penting untuk korang tahu, mata dan kulit di sekelilingnya adalah yang paling sensitif.

Setiap lapisan makeup boleh mengakibatkan kerosakan pada mata dan mudah masuk melalui sudut mata menyebabkan iritasi.

Penggunaan eyeliner dan maskara yang berlebihan juga menghalang pertumbuhan bulu mata dan menjadi tempat pembiakan bakteria. Sebab tu lah mata korang mudah gatal-gatal dan pedih.

5. Seriouslah kanser pun boleh jadi

Bunyi pun menakutkan betul tak? Kebanyakkan barangan kosmetik yang dijual di pasaran sekarang mempunyai bahan-bahan toksik. Ia mudah diserap oleh kulit korang sekaligus boleh menyebabkan kanser kulit.

Korang perlu lah baca dulu kandungan dalam sesuatu produk sebelum beli. Barulah tahu apa yang elok dan tak elok untuk kulit.

Haa.. lagi satu yang penting, korang jangan amalkan tidur dengan memakai makeup tau! Apa yang boleh dielakkan, kita elakkan ye. Jangan nanti dah mudarat baru nak menyesal..

Jadi untuk pencinta makeup tu, mesti korang ada alami sebahagian dari kesan-kesan buruk tadi kan? Pastikan korang tahu apa yang korang pakai dan jangan sesekali beli produk fake okay! Less is better dan kalau boleh sesekali keluar tak pakai makeup lagi bagus. Kulit korang boleh bernafas dan sihat :)

 

Sumber: HermazeListovativeDaily Hunt

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×