berita

[VIDEO] ‘Malik Dah Jadi Malika’ – Netizen Terhibur Aaron Aziz Tadah Muka Kena ‘Makeup’ Dengan Anak

July 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Momen pelakon kacak Datuk Aaron Aziz ketika disolek oleh anak perempuannya telah mencuit hati warganet sekaligus dia digelar bapa terbaik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Handsomenya Macam Orang Jepun!’ – Anak Sulung Aaron Aziz Berjaya Genggam Pra Diploma

Artikel Berkaitan: Netizen Teruja Aaron Aziz Jumpa Chris Hemsworth, Nama Syamsul Pula Kena Petik -‘Sol Nangis Bucu Katil’

Layan karenah anak

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz sedang dipakaikan gincu oleh anak perempuannya, Dahlia Arissa.

Sepanjang disolek pelakon kelahiran Singapura itu dilihat pasrah kerana terpaksa melayan karenah anak bongsunya. Namun, dia tetap bersabar sehingga selesai dipakaikan hijab.

Dalam masa yang sama, Aaron dan Dahlia masih sempat menjawab soalan dan memberi respon terhadap lebih 7 ribu penonton ‘live’ mereka.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Secara berseloroh mereka juga menggantikan nama Malik kepada Malika, iaitu nama watak yang pernah dipopularkannya menerusi filem KL Gangster.

Mereka juga memuji sikap Aaron dengan menyifatkan dia sebagai seorang bapa yang baik kerana sanggup disolek hanya untuk mencipta momen manis bersama anak.

@ctejaa

tabah aje pakcikk Malikk kitaa nii kena makeup dgn anak diaa. mukaaa diaaaa sepanjang kena makeupp ???

? original sound – ???? ? – ???? ?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×