berita

5 Pelajar Ini Kongsi Pendorong Semangat Untuk Sambung Belajar Walaupun Ada Masalah Kewangan

July 13th, 2019 | by Mastura
Insiprasi

Kesempitan hidup sering kali membuatkan kita tak dapat apa yang diinginkan. Ada yang nak pergi melancong tapi duit hanya cukup untuk perbelanjaan seharian. Ada yang nak makan kat hotel lima bintang tapi hanya mampu makan di gerai biasa dan ada yang ingin keluar daripada kesempitan hidup tapi tak tahu bagaimana.

Kali ni kami nak share dengan korang kisah 5 orang pelajar yang menyambung pelajaran walaupun menghadapi masalah kewangan. Nak tau apa yang membuatkan mereka tekad untuk sambung belajar dan apa yang menjadi pendorong mereka? Haa.. Korang kena baca ni..

1. “Ibu kekuatan saya untuk menyambung pelajaran”

Jangan jadikan masalah kewangan sebagai alasan untuk kita malas belajar. Berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, saya sendiri sentiasa menyimpan wang yang mak berikan.

Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa bukanlah satu perkara yang mudah. Penceraian ibu dan bapanya telah menyebabkan Fatien Najihah Mohd Razib, 18, kehilangan sebelah sayap untuk bergantung. Tapi ternyata dia kuat kerana ketiadaan bapa tak mematahkan semangat Fatien, sebaliknya menjadi sumber kekuatan untuk menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Hulu Langat dalam jurusan Sijil Teknologi Maklumat dengan tawaran Dermasiswa My Brighter Future TNB.

Dia mengakui masalah kewangan merupakan perkara yang paling ditakuti kerana hanya ibu yang bertungkus-lumus mencari nafkah. Tapi Fatien percaya dengan pendidikan, dia mampu untuk membawa keluarganya keluar daripada kesempitan hidup.

Fatien turut berharap adik lelakinya dapat mengikut jejak langkahnya menyambung pelajaran selepas tamat persekolahan kelak.

2. “Saya kesian tengok ayah bawa lori…”

Siapa yang mampu melihat ayah bertungkus-lumus membanting tulang empat kerat membawa lori bagi memberikan keselesaan kepada keluarga?

Bagi Pavithran A/L Anbukarassan, 18, bapanya menjadi pendorong utama untuk dia menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Politeknik Port Dickson Teluk Kemang.

Bagi anak pemandu lori ini, menyambung pelajaran adalah impiannya kerana dia tahu pendidikan dapat membantu meningkatkan potensi diri dan mendapat pekerjaan yang lebih baik bagi membantu keluarganya.

Bila dapat tau saya dapat peluang melanjutkan pelajaran dan ditawarkan dermasiswa My Brighter Future daripada TNB, saya tahu saya tak boleh lepaskan peluang ni. Ayah selama ni support kami empat beradik dan emak hanya suri rumah. Inilah masanya untuk saya balas jasa ayah. Sampai bila saya nak tengok ayah bawa lori.

3. “Perjalanan rumah saya ke pasar 1 setengah jam”

Saya tinggal di kawasan pendalaman dan untuk ke pasar saja sudah memakan masa 1 setengah jam. Itu tak termasuk keadaan jalan raya yang tak sempurna dan tiada capaian internet di rumah

Bagi Jerryson Jamba AK Rubing, membesar sebagai anak petani dan tinggal di kawasan pendalaman Sarawak, menjadi sumber kekuatannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Port Dickson Teluk Kemang.

Walaupun terpaksa berhijrah ke semenanjung untuk melanjutkan pelajaran, ia bukan penghalang buat Jerryson mengapai impian berjaya dalam pendidikan seterusnya memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga.

Dia juga tak merasakan statusnya sebagai anak bongsu daripada 5 beradik sebagai bonus untuk dia terus leka. Sebaliknya, sejurus saja tamat SPM Jerryson bekerja sementara di sebuah syarikat lori yang menghantar baja kilang ke ladang serata Sarawak.

4. “Adik-beradik saya ramai. Mujur saya ditawarkan biasiswa.”

Cabaran saya untuk melanjutkan pelajaran ialah adik-beradik saya ramai dan ayah saya pula sudah tidak bekerja

Lain orang lain cabaran yang dihadapi. Nashrul Walidain, 18, yang berasal daripada Perak. Walaupun pada awalnya dia agak berat hati untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kerana bimbang menyusahkan keluarganya.

Tapi Nashrul yakin jika dia berjaya dalam pelajaran, dia boleh membantu keluarganya mendapat kehidupan yang lebih senang di kemudian hari. Nashrul sendiri berasa bertanggungjawab membantu keluarganya sejurus tamat persekolahan apabila dia bekerja secara sambilan di restoran makanan segera berhampiran rumah.

Selepas mengetahui dia ditawarkan dermasiswa My Brighter Future daripada Tenaga Nasional Berhad, Nasrul terus nekad melanjutkan pelajarannya.

5. “Mak saya ibu tunggal dan saya nak bahagiakan dia..”

Muhammad Amin bin Husni, 18, tak pernah menyangka dia dan adik-beradiknya bakal kehilangan ayah ketika masih kecil. Ayahnya yang jatuh sakit meninggal dunia selepas terlantar selama 3 bulan di hospital.

Oleh kerana ayahnya bekerja sebagai mekanik, tiada apa yang ditinggalkan kepada keluarga selepas meninggal dunia. Ibu yang tak bekerja terpaksa mengambil upah menjahit bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Ibu kata jangan jadi seperi ibu. Ibu nak anak-anak ibu semua berjaya dunia dan akhirat

Amin kini melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengikuti jejak abang dan kakaknya yang juga melanjutkan pelajaran ke menara gading.

My Brighter Future bantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran

Menyedari tak semua pelajar berkemampuan melanjutkan pelajaran ke menara gading, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbesar hati menawarkan Dermasiswa dikenali sebagai My Brighter Future khusus kepada penuntut daripada keluarga berpendapatan terendah untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

TNB melalui Yayasan Tenaga Nasional bekerjasama dengan KPM membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40 melalui penajaan pendidikan tinggi di IPTA.

Dermasiswa ini juga adalah sebagai satu galakkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan terendah keluar daripada kepompong kemiskinan dengan dermasiswa yang meliputi yuran pengajian, penginapan, elaun sara hidup dan sebagainya sehingga tempoh pengajian mereka tamat.

Semoga semua pelajar yang mendapat dermasiswa My Brighter Future daripada Tenaga Nasional Berhad dapat belajar bersungguh-sungguh dan dapat mengubah nasib keluarga. Kalau korang nak lebih lanjut mengenai My Brighter Future korang boleh layari terus laman web ni, https://betterbrighter.my/.

The following two tabs change content below.