berita

5 Sebab Ramai Tak Sabar Nak Pergi Konsert OneRepublic Di Malaysia 25 April Ini!

April 10th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berita baik buat peminat OneRepublic! Buat pengetahuan korang mereka tidak lama lagi akan terbang ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaru, Oh My My sekaligus membuat konsert buat peminat yang sudah lama menantikan kehadiran mereka. Fuh memang syoklah kalau dapat dengar dorang ni perform secara live kan?

Dengar cerita banyak tiket dah sold out? Biar betul? Nak tahu kenapa ramai sangat yang tak sabar nak ke Stadium Merdeka 25 April ni? Ini sebabnya…

Lagu favourite sepanjang zaman

“Tell me what you want to hear, something that will light those ears!”

Buka je radio mesti korang pernah dengar lagu-lagu seperti Counting Stars, Apologize, Secrets, Stop and Stare dan banyak lagi kan? Boleh dikatakan lagu-lagu daripada OneRepublic ini semuanya menjadi fenomena satu masa dahulu! Eleh tipu lah kalau korang tak tahu lagu-lagu ini kan?

Bukan itu je, lagu-lagu OneRepublic ini memang lagu favourite kalau pergi karaoke. Jadi tak sabar kot nak tunggu konsert OneRepublic di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur nanti.

Bukan sahaja golongan muda yang meminati hasil karya OneRepublic ini, kanak-kanak pun suka! Kalau di Amerika Syarikat, kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan yang berjaya dan popular.

Throwback! Tiba-tiba imbau kenangan lalu..

Ha apa lagu yang paling menjadi favourite korang? Bagi admin, Apologize merupakan salah satu lagu OneRepublic yang paling famous dan sudah tentulah mempunyai cerita disebaliknya. Bila dengar tu memang akan terbuai-buai mengenangkan kisah silam betul tak? Throwback habis kenangan ketika bercinta dulu. Haha!

Buktinya walaupun lebih sedekad kumpulan ini berada di industri, lagu-lagu ‘lejen’ mereka tetap menjadi siulan sehingga ke hari ini. Orang kata old is gold. Mesti gamat habislah stadium nanti! Tak sabar nak menyanyi bersama-sama secara live.

Vokalis penulis lagu berbakat

Selain berkarya bersama OneRepublic, vokalis utama kumpulan ini iaitu Ryan Tedder juga merupakan seorang penulis lagu bagi kebanyakan penyanyi yang lain. Yang pasti hasil nukilannya pasti mendapat sambutan hebat daripada pendengar.

Antara lagu ciptaannya ialah Already Gone (Kelly Clarkson), Halo (Beyonce), Bleeding Love (Leona Lewis), Rumor Has It (Adele), Burn (Ellie Goulding) dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan semua memang tak akan habis, yang pasti Ryan Tedder merupakan salah seorang selebriti yang serba boleh dan hebat! Agaknya ada tak gimik menarik yang dorang akan buat nanti? Tak sabarnya!

Ryan Tedder pemegang 3 kali Anugerah Grammy

(Photo Credit : michelleteoh.com)

Menjadi salah seorang tunjang utama kumpulan OneRepublic, Ryan Tedder bukan sahaja digilai ramai kerana mempunyai suara yang merdu. Rupa-rupanya di Amerika Syarikat, dah banyak anugerah besar yang berjaya dimenanginya secara peribadi.

Korang bayangkan, lagu ciptaannya untuk Adele berjaya meraih kejayaan sebagai Album of the Year for 21 di Grammy Awards 2012. Selain itu, beliau turut menang besar dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017. Tak hairanlah OneRepublic sendiri telah memenangi beberapa anugerah berprestij!

Konsert kedua selepas 5 tahun!

(Photo Credit : michelleteoh.com)

Kami pasti ramai yang merindui OneRepublic untuk muncul live di Malaysia kan? Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment itu merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak OneRepublic di Asia.

Kali pertama mereka ke sini adalah pada tahun 2013. Sememangnya sambutan hangat yang diterima mereka ketika membuat persembahan di Suft Beach Sunway Lagoon lima tahun lepas membuatkan Malaysia menjadi pilihan untuk mempromikan album terbaru, Oh My My!

So apa korang tunggu lagi, cepat-cepat layari laman web ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811 untuk dapatkan tiket sebelum habis terjual! Guna promo code ‘OHBULAN’ dan korang akan dapat diskaun sebanyak 5%. Bestnya! Katanya tiket memang ‘laku keras’ sekarang ini. Baik korang pergi beli cepat okay.

Tak sempat nak beli? Jangan risau Ohbulan! selaku rakan media rasmi OneRepublic Live in Malaysia ada banyak tiket nak diberikan kepada korang. Macam mana nak sertai? Korang buat macam sis dan abam kat bawah ini!

Wow senang je kan? Jadi apa tunggu lagi, cepat hantar penyertaan korang sekarang!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×