berita

Kami Nak Bagi 30 Tiket Free Konsert OneRepublic Live In Malaysia, Nak Tak?

April 19th, 2018 | by Wan
Shout Out!

Siapa dekat sini peminat kumpulan terkenal antarabangsa OneRepublic? Lagu-lagu seperti Counting Star, Apologize dan Secret mesti korang dah ‘khatam’ kan? Kalau korang merupakan salah seorang die hard fan kumpulan tersebut, kami ada berita gembira untuk korang semua!

Pada 25 April 2018 akan berlangsungnya konsert OneRepublic Live in Malaysia. Selepas kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada 2013, kali ini OneRepublic akan kembali menggegarkan Stadium Merdeka dengan lagu-lagu mereka yang popular dan terkini.  Harga tiket bermula daripada RM178 hingga RM688 dan boleh dibeli secara online di TicketCharge. Jangan lupa masukkan promo code OHBULAN untuk dapatkan 5% diskaun!

Nak pergi konsert OneRepublic secara PERCUMA? Kami di OHBULAN ada 30 tiket untuk diberikan kepada korang semua. Ya 30 tiket sumbangan WGW Entertainment! Berikut kami kongsikan cara-caranya.

30 tiket untuk dimenangi!

  • Follow Instagram @ohbulanofficial
  • Repost poster OneRepublic di akaun Instagram korang berserta caption 3 SEBAB KENAPA korang nak sangat pergi ke konsert OneRepublic. Jawapan yang paling best, kreatif dan awesome akan dipilih sebagai pemenang!

  • Tag Instagram @ohbulanofficial di caption tersebut.
  • Tag seorang partner yang korang nak bawak nanti sebab kami akan berikan sepasang tiket seorang kepada setiap pemenang.
  • Jangan lupa tulis hashtag #karokOBOnerepublic

Tarikh peraduan ini bermula 17 April sehingga 20 April sahaja tau. Cepat, ada masa lagi ini, senang je nak menang! Pemenang bertuah akan dihubungi oleh kami selepas tarikh tamat peraduan.

#karokOBOnerepublic


Sementara itu bagi peraduan 10 tiket percuma ROCK ZONE (RM498) juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembaca Ohbulan. Masing-masing tak ketinggalan tunjuk bakat mereka. Peraduan ini juga akan berakhir pada 20 April.

Nak menang jugak?

  • Follow Instagram @ohbulanofficial
  • Rekod satu video (30saat) korang menyanyi lagu OneRepublic kegemaran korang.
  • Post video tersebut di Instagram korang dan pastikan dibuka kepada umum.
  • Tag Instagram @ohbulanoffiicial dekat caption video post korang itu.
  • Tag seorang partner yang korang nak bawa nanti ke konsert OneRepublic.
  • Jangan lupa gunakan hashtag #karokOBOnerepublic ya!

Most Read Today