berita

5 Spot Kopitiam Menarik Untuk Korang Cuba! Kini Ada Cara Untuk Nikmati Kopi Kaw Dirumah Juga Tau!

January 7th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Kopitiam ni antara tempat yang paling kita rindu ketika dalam fasa PKP. Rindu suasana riuh dengan pelbagai kaum yang ada tu, riuh dengan bunyi kuali yang tak henti. Dulu-dulu siap boleh share lagi meja dengan keluarga lain. Tiba-tiba dari situ terus berborak dan ada yang siap jadi kawan!

Bukan sahaja suasana tapi makanan dan minuman yang disediakan tu memang tempat lain tak boleh lawan! Lagi-lagi kopi yang disediakan. Tak ada tempat boleh tandingi kepekatan, ratio yang perfect antara kopi dan susu tu memang ummphhh! Panas atau sejuk, dua-dua layan habis!

Kami senaraikan dibawah kopitiam yang korang patut cuba sambil-sambil korang cuti-cuti Malaysia tu!

Salmah Kopitiam

Kredit Foto: Shamimizulayka

Kredit Foto: Foursquare

Port paling sesuai kalau korang nak isi perut sebelum ronda-ronda di Perak! Menu yang ada memang terbaik lah. Ada kacang pol, Teh Tarik, Teh Hijau Thailand, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Kerabu semua ada!

Kukus, Klang

Kredit Foto: Kukus Klang

Tak payah jauh-jauh, dekat Klang pun ada port kopitiam best untuk korang layan! Kukus Klang ni memberikan suasana klasik retro di kedai mereka. Jadi sambil korang makan-makan, minum-minum kopi tu terasa la macam dekat zaman P.Ramlee. Syok weh.

Makanan yang paling patut korang cuba ialah Lempeng Bilis, Ubi Kayu Rebus, Pisang Rebus, Lempeng Kari Kaki, Lempeng kelapa, Tong mo dan juga air paling famous mereka, Kopi Ais!

Kafei dian, Selangor

 

Kredit Foto: Christal Foo

Ha ni kalau korang masuk mesti terasa macam masa kecik-kecik dulu bila ikut atok atau ayah korang pergi breakfast. Suasana nyaman dengan pelbagai kaum semua makan sekali tu rasa macam tenang je.

Korang kena cuba Kuey Teow Goreng, Dim Sum dan jugak roti bakar dekat sini. Minum pula NESCAFE  Ais atau Kopi-C memang fuhhhh! Layan habis.

Ho Kow Hainam Kopitiam, Kuala Lumpur

Kredit Foto: Gourmet Hunter KL

Kredit Foto: Taufulow (Gambar sebelum Covid-19)

Satu lagi kopitiam yang korang kena cuba di Petaling Street ni ialah Ho Kow Hainam Kopitiam ni. Tengok gambar dekat atas tu dah tau dah memang port wajib cuba. Roti bakar pun nampak sedap!

Kluang Rail Coffee, Johor

Kredit Foto: The Sun Daily (Gambar sebelum Covid-19)

Yang ini memang tak payah diperkenalkan lagi dah. Semua orang tau kopitiam ni antara yang the best di Johor! Ada pelbagai jenis roti bakar yang korang boleh pilih.

Kaya pun diorang buat sendiri tau! Ada juga Nasi Lemak, Mee Siam, Hainanese Chicken Chop dan lain-lain. Wajib cuba kopi ais mereka. Memang terangkat babe!

Tapi kadang kadang terfikir lagi best jugak kalau kita dapat minum air kopitiam dekat rumah kan? Dalam keselesaan kita sendiri. Ada ke kopi dalam tin yang rasa sama dengan kopitiam eh?

Kopi-C, Kopi Tarik, Kopi Cham ni semua boleh minum dekat rumah dah! Korang boleh try..

Ha kalau rasa malas nak pergi korang stay je dekat rumah! Sambil menikmati NESCAFE terbaru ni. Terus rasa macam dekat Kopitiam! Rasa memang terangkat! Cukup pekat dan rasa yang seimbang. Tak lebih tak kurang.

Semua jenis ada jangan risau! Memang rasa kopitiam habis! Design tin pun ala-ala kopitiam!

Tak payah susah-susah nak tengok resipi nak buat air-air famous kopitiam ni. Beli je NESCAFE edisi Kopitiam ni. NESCAFE beri peluang untuk korang nikmati sensasi air kopitiam dimana jua korang berada. Sama ada dekat rumah je sambil-sambil tengok TV atau tengah meeting online tu pun boleh lah minum-minum. Terus je segar!

Bukan satu dua tapi ada 7 pilihan yang korang boleh pilih iaitu:

  • NESCAFE CHAM
  • NESCAFE KOPI-C
  • NESCAFE KOPI-O
  • NESCAFE WHITE COFFEE
  • NESCAFE AIS
  • NESCAFE TARIK
  • NESCAFE TARIK KAW

 

Mendapat inspirasi daripada kedai-kedai Kopitiam di Malaysia, NESCAFE pun reka lah tin edisi Kopitiam ni untuk menyerupai seakan-akan kedai kopitiam ha. Macam old-school gitu.

Bila minum air dengan tin ni mesti korang akan  terdetik dalam hati “Wahh warisan Malaysia boleh dikomersialkan sekarang. Tak sangka dulu minum air ni wajib ke kedai tapi sekarang boleh dapat dimana-mana je!”

Sambil minum sambil tengok MV ni! Semua kaum ada!

Sambil-sambil tu korang boleh la tengok juga MV terbaru dari NESCAFE ni! Ada Nabila Razali, Jestinna Kuan, Rabbit Mac! Hun Haqeem pun jugak tau!

Lagu pula ala-ala lagu Rasa Sayang. Ish nostalgia habis lah!

Korang boleh dapatkan NESCAFE Edisi Kopitiam ni di mana-mana kedai berhampiran korang hari ini. Try semua tau jangan tak try!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×