Tular di media sosial, video yang memaparkan seorang bapa yang telah berpisah dengan anak-anaknya tiba-tiba datang memberikan kejutan sempena hari lahir mereka telah mengundang sebak warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Berjaya Dapat Hak Jagaan Anak, Momen Anak Segan Jumpa Bapa Kandung Curi Perhatian Netizen
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bekas Suami Hantar Mesej Penghargaan Kepada Bekas Isteri Sempena Hari Lahir Anak – ‘Ex Dari Syurga’
Kejutan hari lahir
Menerusi hantaran di TikTok, video yang dipercayai dikongsikan oleh salah seorang guru kanak-kanak tersebut memaparkan seorang lelaki menghadirkan diri dengan membawa maskot dan kek bagi meraikan hari lahir anak-anaknya.
Difahamkan anak beranak itu pertama kali berjumpa setelah lima tahun terpisah.
Seorang ayah yang tidak pernah berjumpa anaknya selama lima tahun telah datang memberikan kejutan dengan membawa maskot dan kek untuk sambutan hari jadi anaknya di sekolah.
Semoga kasih sayang anak dan bapa ini berterusan sampai bila-bila.
Tinjauan OhBulan! mendapati bapa kanak-kanak berkenaan merupakan pesakit buah pinggang tahap empat yang ketika ini sedang menjalani rawatan dialisis.
‘Menitis air mata’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat detik pertemuan bapa dan anak-anaknya itu dan mendoakan agar lelaki tersebut sentiasa diberikan kekuatan serta kesembuhan.
@neezadahalan Seorang ayah yang tidak pernah berjumpa anaknya selama 5 tahun telah datang buat surprise bawa maskot dan kek untuk sambutan Harijadi anaknya di sekolah. Semoga kasih sayang anak dan bapa ini berterusan sampai bila2. #CBN2 #fyp #sekolahku
Sumber: TikTok