Seorang wanita yang juga ibu berkongsi detik ketika dia memperoleh hak penjagaan anak di mahkamah.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bekas Suami Hantar Mesej Penghargaan Kepada Bekas Isteri Sempena Hari Lahir Anak – ‘Ex Dari Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Enggan Berpisah Dengan Ayah, Netizen Sebak Tengok Anak Shuk Sahar Menangis
Tetap menghormati bapa kandung
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Asha Razak itu dilihat berpesan kepada anaknya supaya peluk dan cium bapa kandungnya apabila mereka berjumpa.
Hari ini, Allah izin dan kurniakan rezeki buat Adra untuk berjumpa. Sebelum ni hari hari ibu cakap “nanti kakak akan jumpa ayah kakak’ dan ibu selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia.
Setelah selesai kes di mahkamah, bapa dan anak itu dilihat bertemu dan berbual-bual, walaupun kanak-kanak itu kelihatan malu-malu dan kekok.
Asha dan suami sebak bila tengok mereka berjumpa tadi. Adra kenal dan masih ingat pada ayahnya. ‘Abi(bapa tiri), kakak malu dengan ayah (bapa kandung)’ kata Adra.
Dalam pada itu, dia juga menzahirkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah tersebut.
Berkat usaha dan doa selama ni, Allah izinkan juga segalanya selesai pada harini. Alhamdulillah! Terima kasih atas segala doa baik kalian. Terima kasih juga telah mengikuti segala perjalanan kami selama ni.
‘Broken family’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen bapa dan anak itu dan memuji sikap matang ibu bapa Adra. Ada juga warganet yang mengalami situasi sama, justeru itu mereka memahami perasaan dan respon kanak-kanak tersebut ketika bertemu bapanya.
@asha.razak_ “MAKHAMAH MEMUTUSKAN HAK PENJAGAAN ANAK BERPIHAK KEPADA PLANTIF(IBU)” HARINI. Allah izin & kurniakan rezeki buat Adra untuk berjumpa.. Sebelum ni hari hari ibu cakap “nanti kakak akan jumpa ayah kakak” & ibu selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia. Asha & husband Sebak bila tengok mereka berjumpa tadi… Adra kenal & masih ingat pada ayahmya. “Abi…. kakak malu dengan ayah” katanya. ohh dia malu malu sikit rupanya.. Berkat USAHA & DOA selama ni, Allah izinkan juga segalanya selesai pada harini. Alhamdulillah! Terima kasih atas segala doa baik kalian. Terima kasih juga telah mengikuti segala perjalanan kami selama ni. Semoga Adra membesar dengan penuh kasih sayang & bahagia Semoga bila Adra dah besar nanti, dia tengok video ni. Dia akan faham segala perjalanan yang ibu dah lalui untuk dia ? untuk sesiapa yang keliru: ABI – Bapa Tiri Adra AYAH – Bapa Kandung Adra #tuntutanhadhanah
Sumber: TikTok