berita

5 Tanda-Tanda Seseorang Itu Ikhlas Dalam Melakukan Ibadah Ketika Bulan Ramadan #SetulusIkhlas

May 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Bulan Ramadan merupakan bulan untuk seluruh umat Islam mengambil peluang melipat gandakan ibadah yang dilakukan dengan harapan memperoleh pahala dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Antara ibadah yang boleh dilakukan selain menunaikan solat fardu dan solat terawih ialah membayar zakat dan bersedekah.

Paling penting semua ibadah tersebut perlulah dilakukan dengan keikhlasan dan keinsafan. Sempena kempen #SetulusIkhlas pada tahun ini, kami kongsikan lima tanda-tanda untuk mengenali seseorang itu benar-benar ikhlas dalam melakukan ibadahnya. Jom baca!

1. Beramal secara diam-diam

Beramal secara diam-diam merupakan salah satu tanda seseorang itu ikhlas dalam melakukan ibadah dan disayangi Allah s.w.t. Sebagai contoh, orang yang memberi zakat pada bulan Ramadan. Jika individu yang memberi zakat tersebut tidak memberitahu orang lain yang dirinya mengeluarkan zakat, ibadahnya itu dianggap sesuatu yang sangat baik kerana sikapnya sangat ikhlas dan tidak memerlukan publisiti ataupun pujian daripada orang lain. Mu’az bin Jabal meriwayatkan hadits daripada Rasulullah s.a.w:

Orang yang melakukan kerja secara diam-diam ibarat seperti akar pokok yang menjadi tunjang bagi kehidupan tetapi tidak ternampak pada penglihatan dan tersembunyi di dalam tanah. Atau, seperti asas bagi bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak dapat dijadikan teduhan dan bangunan tidak dapat ditegakkan.

2. Takutkan kemasyhuran

Individu yang ikhlas pasti takutkan kemasyhuran. Ini kerana, kemasyhuran boleh mendatangkan fitnah kepada diri individu tersebut. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut merupakan seorang yang dikenali ramai.

Yakin bahawa Allah s.w.t menerima sesuatu amalan berdasarkan kebersihan jiwa, bukan semata-mata berdasarkan rupa bentuk zahir, merupakan petanda bahawa individu tersebut ikhlas dalam ibadahnya. Manakala, jika seseorang itu masyur sedangkan niatnya bercampur baur, maka kemasyurannya itu tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada dirinya.

Ibrahim bin Adham berkata:

Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar (siddiq) terhadap Allah.

Fudahil bin ‘Iyadh berkata:

Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?

Kata-kata di atas bukan bermakna individu tersebut perlu mengasingkan diri daripada masyarakat. Malah ianya perlu faham dan sedar secara keseluruhan terhadap bahaya nafsu yang tersembunyi. Kita perlu berwaspada terhadap lubang dan pintu yang dapat dimasuki oleh syaitan ke dalam hati manusia dan merosakkan keikhlasannya.

3. Tidak memerlukan pujian dan tenggelam oleh pujian

Seseorang yang ikhlas tidak akan meminta dan berhasrat untuk mendapatkan pujian daripada orang lain. Jika ada pihak yang memuji, individu tersebut tidak akan tertipu mengenai hakikat dirinya yang sebenar.

Sebagai contoh, jika seseorang individu bersedekah di bulan Ramadan, dia tidak perlu mengharapkan pujian daripada orang yang menerima sedekahnya kerana sedekah tersebut belum tentu cukup atau sempurna buat dirinya.

Ibnu Ata’illah pernah berkata:

Orang memujimu berasaskan sangkaan mereka tentang dirimu… Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana adanya sangkaan orang lain terhadap dirinya.

Syaidina Ali Radiallahuanhu apabila dipuji, maka ia berdoa:

Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlah kebaikan kepadaku daripada apa yang mereka sangkakan dan ampunilah aku kerana apa yang mereka tidak ketahui.

4. Tidak kedekut memuji terhadap orang yang memang layak dipuji

Tidak kedekut memberi pujian kepada orang yang sememangnya layak dipuji merupakan sesuatu yang ikhlas. Namun, dua perkara ini perlu diberi perhatian:

  1. Jangan memberi pujian dan sanjungan kepada orang tidak berhak.
  2. Jangan kedekut memberi pujian kepada orang berhak.

Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w pernah memuji para sahabatnya iaitu Uthman dan Ali. Baginda menyebut keutamaan dan kelebihan mereka. Antaranya:

5. Melaksanakan sedaya upaya amanah kepimpinan

Orang yang ikhlas akan melaksanakan amanah kepimpinan sebaik mungkin. Walaupun mereka dilanda dugaan dan cabaran dalam melakukan sesuatu tanggungjawab, mereka tetap berusaha mencapai matlamat dan keredhaan Allah s.w.t.

Hati mereka tidak terlalu ghairah untuk menjadi pemimpin dan menguasai sesuatu kedudukan dalam kepimpinan. Malah mereka lebih mementingkan kebaikan bersama kerana bimbang jika ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan tidak dapat dilaksanakan.

Sebagai contoh, Allah s.w.t meredhai Khalid bin Al-Walid Radhiallahuanhu ketika beliau dilucutkan jawatan sebagai komandan pasukan tentera, sedangkan beliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan. Beliau bersedia menjadi tentera biasa di bawah Abu Ubaidah tanpa merasa rendah diri. Beliau tetap ikhlas memberi sumbangan secara maksimum.

Program menarik di #SetulusIkhlas

Pada tahun ini, Media Prima Berhad dengan kempen #SetulusIkhlas menganjurkan pelbagai program Ramadan dan juga raya. Antaranya ialah program signature Raudhah, Jejal Rasul Ulul Azmi, Jom Berbuka, Sembang Sahur dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga program Grand Bazar Ramadan Raya (GBRR) terbesar di Stadium Bukit Jalil pada 16 Mei sehingga 5 Jun. Apa yang menariknya bazar ini akan dimeriahkan dengan lebih 436 booth.

Bukan itu sahaja, acara Check-In Kampung juga akan diadakan di beberapa lokasi terpilih seperti di Sungai Besar Selangor dan Tangkak Johor.

Untuk info lanjut layari https://www.xtra.com.my/ms/setulusikhlas.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×