berita

5 Tips Untuk Tackle Kulit Muka Korang Dari Terus Nampak Kusam. Senang Je!

July 17th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Kalau haritu Sis cakap pasal punca kulit kusam, kali ni Sis nak kongsi cara-cara efektif nak dapatkan kulit wajah yang glowing. Senang je sebenarnya tau. Janji korang jaga basic skincare!

Dah! Sis taknak bebel panjang, korang teruskan je baca tips kat bawah ni.

1. Disiplin dengan asas penjagaan wajah!

Kalau korang tak jaga basic, macam mana nak dapat muka cantik kan? Basic ni consist of cleanser-toner-moisturizer-sunscreen. Yang penting jangan lupa pakai sunscreen dan moisturizer sebab dua tu teramat penting! Kalau korang jaga ni, percayalah kulit korang tak akan kusam dah!

2. Rajin exfoliate muka

Apa yang bagus tu kalau berlebihan pun tak elok ye. Cukup 2 kali seminggu je tau. Sebab kalau korang buat lebih dari ni kemungkinan muka korang akan jadi lagi kusam.

3. Hydration is key!

Korang jangan lupa benda paling penting ni. Pakai, pakai dan PAKAI pelembap! Macam mana nak muka cantik kalau korang tak pakai moisturizer? Dengan pelembap, bukan je kulit muka korang dah tak kusam, malah kulit korang lagi plump, cerah, kurang berminyak dan kurang breakout!

4. Pakai produk yang ada kandungan pencerah

Korang pakai je mana-mana produk yang ada brightening ingredients. Contohnya, vitamin C, alpha arbutin, kojic acid, AHA, madu, bee venom dan niacinamide. Kandungan ni membantu mencerahkan kulit sekaligus menjadikan wajah korang berseri-seri!

5. Pastikan kulit cukup nutrisi

Nak muka okay semula, korang kenalah bagi nutrisi yang cukup. Jaga asas penjagaan wajah. Kalau korang rajin pakai sunscreen tapi tak pakai moisturizer, kulit muka akan tetap kusam jugak ye. Jangan harapkan miracle kalau korang tak usaha. Tak boleh tumpu pada satu concern je, pastikan dia balance semuanya.

Okay tamat dah bebelan Sis pasal kulit kusam ni. Senang cakap skin problem ni kita boleh elakkan dengan jaga basics je. Lainlah kalau korang ada masalah hormon ataupun kebersihan. Korang follow je tips ni, kulit muka korang akan sihat semula.

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.