berita

Terlebih Exfoliate Dan 4 Lagi Punca Kenapa Kulit Muka Korang Tampak Kusam

July 15th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Korang perasan tak muka korang bebas dari jerawat tapi muka korang nampak macam selalu penat? Ataupun muka korang nampak macam korang sakit, sampai ada yang tegur. Sebenarnya korang ada masalah kulit kusam. Tak syoklah muka bersih takde jerawat tapi kusam je :(

So harini Sis Katy nak bebel pula punca kulit korang jadi kusam, korang baca je!

1. Dehydration

Sis ada cakap pasal dehydrated skin dekat entry sebelum ni kan? So hydration ni teramatlah penting untuk kekalkan kecantikan muka kita ni. Hydration is key gais! Bila muka korang dehydrated, tu lah punca dia jadi kusam. So rajin-rajinkanlah diri pakai moisturizer tau?

2. Terlebih Exfoliate

Korang tak perlu nak exfoliate muka lebih-lebih sebab kononnya nak hilangkan dead skin cell dari muka korang tu, sebab ni pun boleh jadi punca kulit korang kusam. Bila korang over exfoliate, kulit muka korang akan jadi lebih kering, irritated & burned, ni lah yang buat kulit korang nampak kusam.

3. Sun Damage

Sis pernah cakap pasal pentingnya sunscreen kan? So korang kena rajinlah pakai sunscreen kalau taknak muka korang nampak kusam. Sebenarnya UV rays tu yang membuatkan muka korang kusam & nampak cepat tua, jadi korang kena sentiasa pakai sunscreen & reapply tau?

4. Kulit Kurang Nutrisi

Ni juga boleh jadi punca kulit korang nampak kusam. Punca kulit korang kurang nutrisi ialah sebab korang tak pakai moisturizer. Kulit korang tak boleh lock hydration & nutrisi yang dah hilang. So hydration ni penting kalau korang nak kulit korang sentiasa nampak sihat. Hydrator ni penting juga sebab tak guna kalau korang pakai serum macam macam tapi tak ada hydrator dalam kesemua serum tu, kulit korang akan tetap nampak kusam nanti.

5. Sel Kulit Mati Berkumpul

Tak guna korang beria jaga muka tapi korang tak pakai exfoliator. Exfoliator ni penting untuk buang sel kulit mati. Bila korang tak pakai nanti mula lah sel kulit mati ni akan berkumpul dekat atas kulit korang & ni akan menyebabkan muka korang akan nampak textured & sentiasa kusam.

So tamatlah Sis bebel pasal punca kulit korang kusam, nanti Sis share pula cara nak hilangkan kulit kusam tau? Korang tunggu je, kalau korang ikut tips Sis bagi gerenti muka korang tak nampak kusam dah lepas ni!

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.