

Benarlah orang kata, jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan Allah SWT dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang.
Terdahulu perkongsian seorang gadis, Bazilah Mohammad di laman Twitter miliknya telah viral sehingga mendapat kecaman hebat daripada netizen gara-gara tweet yang ditulisnya dengan kapsyen ‘Kalau tweet ni dapat RT 5K aku kawin dengan kawan baik aku ni tahun ni, kali ni jodoh di tangan twitterians goodluck!’. Namun kini, lain pula ceritanya apabila gadis membuka mulut mendedahkan status hubungan mereka.
5K RT aku kahwin
gais ? kawan aku cakap cukup like 200 dia kawin tahun ni , so kalau tweet ni dapat RT 5K aku kawin dengan kawan baik aku ni tahun ni . kali ni jodoh di tangan twitterians goodluck ! pic.twitter.com/pNzFueXnMo
— 𝔹𝕒𝕛𝕚𝕝𝕒𝕙 𝔻𝕚𝕒𝕣𝕪 🌧 (@bajilahhhh) October 15, 2018
Menerusi perkongsian Bazilah yang dimuatnaik pada tahun 2018, dia pernah mengatakan hasratnya untuk berkahwin dengan rakan baiknya sendiri apabila tweet tersebut mendapat 5k retweet dari pengguna Twitter. Namun, niatnya itu disalah ertikan oleh netizen yang rata-ratanya menyifatkan gadis ini seolah-olah kurang matang dan tidak serius dalam soal perkahwinan.
Baru kenal 3 minggu
https://twitter.com/bajilahrabbit/status/1213053096726675457?s=20
Setelah setahun lebih berlalu, gadis ini baru membuka mulut dan mendedahkan kepada umum mengenai status hubungannya dengan lelaki tersebut. Menceritakan kisah itu, Bazilah memberitahu sebaik sahaja tweetnya itu viral dan mendapat perhatian netizen, mereka terus nekad untuk mendirikan rumah tangga walaupun mereka baru mengenali dalam masa 3 minggu. Kini, usia perkahwinan pasangan ini telah pun berusia 1 tahun 19 hari.
Satu malam, dia call ajak kahwin

Menurut gadis ini, dia telah mendirikan rumah tangga pada usianya 19 tahun dan pada ketika itu juga dia masih bergelar seorang pelajar. Walaupun baru 3 minggu berkenalan, lelaki tersebut telah melamar Bazilah untuk menjadi isterinya dan mereka telah berkahwin sebaik sahaja selepas tamat peperiksaan akhir pada semester itu. Tambahnya lagi, lelaki tersebut merupakan individu yang telah menjaganya ketika dia sedang ‘sakit’ kerana terkena ‘buatan orang’.
Hari-hari mengamuk


Allah datangkan rezeki ‘malaikat kecil’




Sumber: Bazilah Mohammad






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

