berita

6 Babak Filem HALLOWEEN Yang Sure Buat Korang Tak Sabar Nak Tengok Movie Ni! Cerita Legend Weyh!

October 15th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Setiap orang ada genre movie kesukaan mereka sendiri. Ada yang suka genre romantik dan ada juga yang sukakan genre thriller dan action. Genre yang paling last ni paling ramai orang suka admin rasa iaitu genre SERAM! Kalau orang-orang yang suka genre seram ni, diorang boleh tahu time bila yang TV atau wayang akan keluarkan movie-movie seram yang gempak!

Cerita-cerita zaman dulu lagi lah, takut gila! Rasa seram dia tu menusuk ke dalam hati. Korang pernah tengok cerita HALLOWEEN zaman 90-an dulu? Fuh, tak tidur malam bila teringat Boogeyman tu! Tak lama lagi diorang nak keluarkan sambungan cerita tu tau! Berikut merupakan sneakpeak scene-scene yang ada dalam HALLOWEEN 2018 ni!

Scene heroin, Laurie Strode tu power gila weh!

Kalau korang rasa filem HALLOWEEN yang first dulu si Laurie ni fragile.. kali ni korang mesti impressed gila dengan dia! Semenjak kes yang dulu tu, dia dah prepare andai kata Boogeyman tu datang balik. Dia memang dah ready! Bukan biasa-biasa tau persiapan dia.

Babak hospital gila..Scary betul dengan anjing menyalak non-stop!

Yang ni memang rasa mind-fucked sangat sebab korang macam clueless kenapa anjing tu menyalak tak berhenti. Kenapa semua pesakit mental hospital tu ada dekat kawasan terbuka macam papan chess yang besar.. Seriously, macam pelik je hospital gila ni..

Scene Boogeyman & Laurie berlawan!

Sangat mendebarkan babak ni! Korang macam tertanya-tanya siapa yang akan mati, siapa yang survive.

Kena tarik dari dalam stall toilet weh!!

Kalau biasa cerita-cerita thriller ni kalau mangsa nyorok dalam toilet dia terlepas kan? Kali ni tidak ya, sebaliknya dia ditarik!

Babak bas terbalik.. Berdebar rasa!

Bas yang bawa pesakit-pesakit mental terbalik. Jadi semua orang gila dalam bas tu terlepas termasuk lah Boogeyman. Dari situ lah pemburuan bermula!

Tutup pintu almari, tiba-tiba…

Mimpi ngeri bagi setiap kanak-kanak ialah bila ada hantu kat dalam almarinya. Inilah yang terjadi..bila budak tu suruh babysitter dia tutup pintu almari, rupa-rupanya..

Korang yang kaki cerita hantu patut tengok movie Halloween ni!

 

Kalau korang memang pengemar cita hantu, apa kata korang tengok cerita HALLOWEEN ni! Seram dia lain macam weh! Macam seram, macam psycho pun ada ish! Sure korang tutup mata punya!

Kalau korang pernah tengok cerita HALLOWEEN yang dikeluarkan pada 1978 dulu mesti korang excited nak tengok cerita ni. Sebabnya, Boogeyman tu masih kejar orang sama! Pelik kan sebab bukan ke dia dah kena tangkap? Kenapa dia tak boleh mati? Kali ni Laurie Strode dah bersedia ke nak menghadap Boogeyman ni lagi?

Ha banyak kan persoalan yang timbul? Persoalan korang akan terjawab kalau korang tengok movie ni!

Cerita ni legend kot mestilah nak tengok! Bila ditayangkan?

Filem HALLOWEEN akan ditayangkan pada 25 Oktober 2018 ni!! So korang boleh plan awal-awal dah dengan family atau kawan korang nak tengok cerita ni. Ngam sangat lah cerita HALLOWEEN time Halloween kan? Filem ni takkan mengecewakan. Nah, tengok dulu trailer ni!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×