berita

6 Do’s & Don’ts Tentang Jerawat Yang Korang Wajib Ambil Tahu

August 21st, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Bila tumbuh jerawat seketul dekat muka, kita mesti dah start gelabah kan? Kalau ada ubat jerawat, cepat-cepat kita dab kat jerawat. Takpun kita akan Google cara-cara nak kecutkan jerawat. Nak-nak kalau jerawat keluar waktu nak dekat dengan event. Haishh!

Kalau korang buntu tak tau macam mana nak kecutkan jerawat tu, jangan risau Sis Katy boleh tolong. Korang kena teruskan membaca je!

1. Jangan Percaya DIY Hack Acne Cure

Mesti korang pernah baca DIY hack guna ubat gigi dan lemon untuk kecutkan jerawat. Sebenarnya, tak elok kita letak benda-benda ni directly dekat muka sebab boleh sebabkan iritasi. Nanti jerawat bukan makin kecut, tapi akan jadi lagi teruk. Bahan-bahan ni jugak boleh keringkan kulit korang. So, janganlah percaya DIY hack tau!

2. Letak Ais Dekat Jerawat

Sebenarnya, tips ni berkesan sebab ais boleh kecutkan jerawat degil korang tu. Kalau korang ada jerawat yang besar dan sakit bila disentuh, just balut ais dengan kain dan tekap dekat jerawat selama 3 hingga 4 minit. Buat selalu dan korang akan nampak kesannya!

3. Guna Gentle Cleanser

Bila muka start naik jerawat, kulit akan sensitive. So, korang better pakai gentle cleanser yang hydrating ataupun gunakan cleanser sedia ada.

4. Jangan Picit Jerawat!

Apa pun, janganlah picit jerawat korang tu. Biarkan dia pecah sendiri sebab kalau picit, bakteria dari jerawat sedia ada akan merebak dan korang akan ada jerawat baru nanti.

5. Jangan Guna Barang Makeup Ada Pore-Clogging Ingredients

Siapa yang ada masalah muka berjerawat kena avoid dari guna barang makeup yang ada mineral oil dan lanolin sebab bahan-bahan ni akan buat pori-pori korang tersumbat. So, sebelum beli barang makeup, check ingredients dulu okay?

6. Stop Makan Makanan Yang Trigger Jerawat Korang

Ambil tahu makanan apa yang trigger jerawat kat wajah korang. Kalau kacang buat muka korang naik jerawat, jangan makan! Sebab takut nanti jadi makin teruk. Sama macam fast food juga, kalau dia trigger jerawat korang, stop makan okay?

Sis dah bagi tips ni, harap bergunalah untuk korang. At least, korang dah tahu apa yang boleh dan tak boleh korang buat. Kalau korang ikut tips ni, kemungkinan takde dah jerawat naik banyak-banyak!

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!